Saman Zakir Naik

Kerajaan Timbang Cadangan Tingkat Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan kini sedang menimbang saranan dan cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun selain daripada pemberian kos elaun sara hidup bulanan sebanyak RM500 kepada pekerja swasta.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran memberitahy perbincangan mengenai perkara tersebut sedang dilakukan bersama Kementerian Kewangan untuk mendapatkan keputusan sebelum dibentangkan pada Belanjawan 2020 Oktober ini.

Mengambil contoh negara maju seperti Singapura yang telah mengumumkan peningkatan had umur persaraan kepada 65 tahun Ogos lalu, kerajaan memberitahu kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.3% dan ianya tidak selari dengan kenyataan ramai di Malaysia ini tidak bekerja.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1653134698153073/?type=3&permPage=1

 

Kata beliau lagi, Malaysia kekurangan pekerja sehinggakan terpaksa mendapatkan khidmat pekerja dari negara asing dan kadar pengangguran tinggi hanya berlaku kepada graduan dan anak muda.

MTUC berkata had umur persaraan wajar ditingkatkan kerana pemberian gaji yang rendah serta kos sara hidup yang tinggi menyebabkan pekerja tidak memiliki simpanan yang mencukupi untuk menampung usia persaraan.

Had Umur Persaraan malaysia

Untuk pengetahuan anda, usia persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada tahun 2001, 56 tahun kepada 58 tahun pada tahun 2008 dan 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Sumber: Berita Harian

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1Pv2V7F9dl/