Program Subsidi Petrol Tangguh

Kerajaan Tangguh Program Subsidi Petrol Yang Dijanjikan Januari Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelaksanaan tentang Program Subsidi Petrol (PSP) yang membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan yang ingin dijalankan pada Januari ini ditangguh sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Keputusan untuk menangguhkan program itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu bagi memberi ruang terhadap penyelesaian dua perkara utama yang kini giat dilaksanakan kerajaan.

BACA: Penerima BSH Bakal Terima Manfaat Bantuan Subsidi Petrol Bermula Januari Depan

Antaranya merangkumi sesi penerangan dan penjelasan yang masih diteruskan kepada rakyat bagi memastikan kefahaman sewajarnya mengenai PSP berupaya diperoleh, sekali gus melancarkan mekanisme pelaksanaan program terbabit.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan.

Program Subsidi Petrol Tangguh
Sumber: Semakan Online

Justeru, sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

Sumber: BH