
Kerajaan Tak Akan Tunduk Pada Sebarang Desakan Berhubung Isu Pengendalian PATI – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan kumpulan hak asasi manusia yang cuba mengkritik usaha pengendalian kerajaan terhadap golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang wabak pandemik COVID-19 melanda negara.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1930916470374893/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAGl63lMaJA69ujpokyOuRuavZKC1FIVwkPuUCLetzshfZCrRFzJJDYNkeOC82ctoKgYMZVngf54GiBF9eRw0GJH7c0MKIX-cAvPsSbQ74yj1jj4i8-i7TGQabw4p9jgfHDZXZuJDLZ6I7l2vttHnx6dZjU9DLrmINLtazRWPeR-YnT6TMBMn9whOTjEmCCke6tuJXXH_lA0G24cXLK0f7CZ3q9WsrqLQGx8yr0ApcELYHtURapLYq1UjE04W4pxBFJMr7K4x0ozpPw_InpFTt4sdwkc3KZpBh0Mssc-fUFCsiBl9VofY7FIUJVWMvobzYD3eMcOoyraxME759-8vZkMkc3&__tn__=-R
Tindakan kerajaan melaksanakan operasi penangkapan PATI sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah demi menjaga kepentingan umum serta majoriti rakyat yang mematuhi arahan PKP dan PKP Bersyarat selama ini.
Beliau berkata sekiranya golongan ini tidak ditangkap, implikasinya amat besar kerana mereka berupaya menyebarkan virus dalam keadaan tanpa sedar kepada orang awam kerana sukar dikesan susulan ketiadaan dokumen sah.

Kerajaan mengecam tindakan segelintir pejuang hak asasi manusia yang dilihat hanya pandai mengkritik dan tidak faham undang-undnag terhadap PATI yang memasuki negara secara haram tanpa dokumen yang sah.
“Saya pun tidak faham dengan golongan tidak faham undang-undang terhadap PATI.
PATI adalah mereka yang masuk ke negara ini secara haram dan saya tidak tahu mana-mana negara (di dunia ini) yang membenarkan golongan itu masuk tanpa dokumen sah.
Kita tangkap mereka kerana yang pertama tindakan mereka salah di sisi undang-undang dan kedua jika mereka tidak ditangkap dan dijangkiti Covid-19, tentu mereka akan menyebarkan virus itu tanpa sedar kepada rakyat tempatan.”
Beliau berkata golongan PATI yang ditangkap ini spatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mereka akan disaring dan diberikan rawatan sekiranya didapati positif wabak berkenaan.
Tidak mahu keselamatan rakyat Malaysia terjejas hanya disebabkan tuntutan perjuangan segelintir hak asasi manusia semata, Ismail Sabri berkata langkah tegas kerajaan tidak akan tunduk pada desakan mereka ini adalah perlu bagi menjaga kepentigan umum dan majoriti rakyat yang mematuhi SOP PKPB.
Awal Mei lalu, dengan kerjasama pihak Polis Diraja malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), operasi memburu PATI telah dilaksanakan di Masjid Jamek digelar sebagai ‘tidak beperikemanusiaan dan bodoh‘.
tas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Sinar Harian