Kerajaan Taiwan Lulus Draf Pindaan Hukuman Mati Kepada Pemandu Mabuk

Isu pemandu mabuk bukanlah sesuatu isu yang baharu lagi, termasuklah di Malaysia.

Disebabkan banyak kes kemalangan maut yang berlaku kini, beberapa negara sudah mula mengetatkan hukuman ke atas pemandu mabuk serta menghadkan waktu untuk mengambil minuman keras seperti New Zealand.

BACA: Kerajaan Perlu Perkenal Had Masa Pengambilan Minuman Alkohol – Exco P Pinang

Di Taiwan, Perdana Menterinya, Su Tseng-chang diumumkan telah meluluskan draf pindaan Kanun Jenayah pada pemandu mabuk yang telah menyebabkan maut dengan niat membunuh akan dijatuhkan hukuman mati.

Semasa dalam mesyuarat pada Mac lalu, beliau dikatakan telah meluluskan perubahan dan penyerahan akan diserahkan kepada Perundangan Yuan untuk semakan.

Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk 1

Malah pemandu mabuk yang telah disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah akan dihukum penjara lima tahun.

Sekiranya dalam tempoh lima tahun tersebut mereka menyebabkan kemalangan kecederaan serus, kemungkinan ianya akan ditambah sehingga ke 12 tahun.

Manakala jika mengakibatkan kemalangan maut, individu tersebut akan berdepan dengan hukuman penjara sekurangnya tujuh hingga 10 tahun, ataupun penjara seumur hidup dan hukuman maut.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Taipei, memandu dalam keadaan mabuk tiada bezanya dengan ‘serangan pengganas’.

Walaupun draf ini ditolak oleh beberapa kumpulan hak asasi dengan alasan hukuman yang keras membawa kepada masyarakat yang tidak produktif kerana lebih banyak masalah sosial akan timbul seperti penjara yang sesak dan ‘menghalang’ pesalah kembali kepada masyarakat.

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bidang kuasa larangan minuman keras terhadap pemandu adalah di bawah mereka sebaliknya tertumpu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA: Kementerian Tiada Kuasa Larang Pemandu Mabuk – KKM

KKM hanya berkuasa dalam peraturan alkohol di bawah Akta Makanan yang mana bagi memastikan kandungan alkohol adalah alkohol yang dibenarkan di Malaysia selain daripada larangan penggunaan kepada individu berusia 21 tahun ke bawah.

Sumber: Taipei Times