Kerajaan Penang Beli Toyota Camry 2.5V 2019

Kerajaan Penang Beli 15 Unit Toyota Camry 2.5V Dengan Harga RM2.77 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sarul Bahiyah Abu memberitahu pada 13 Mac lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk membeli 15 unit Toyota Camry 2.5V model 2019 sebagai kereta rasmi yang akan digunakan oleh speaker dewan negeri, timbalan speaker, setiausaha negeri, penasihat undang-undang negeri dan 10 orang anggota exco.

Kos seunit kereta tersebut ialah RM184,912.50 (tanpa potongan cukai) selepas berunding dengan penjual dengan diskaun sebanyak RM4,990 untuk setiap unit menjadikan jumlah kos perbelanjaan adalah sebanyak RM2.77 juta.

Kerajaan Penang Beli Toyota Cambry 2.5V 2019

Pembelian Toyota Camry 2.5V ini akan menggantikan kereta rasmi sedia ada yang sudah digunakan selama enam tahun kerana tempoh jaminan yang telah tamat, kos penyelenggaraan dijangka akan rendah dan aspek keselamatan yang lebih baik.

Jumlah kos penyelenggaraan yang perlu digunakan bagi kereta sedia ada dikatakan berjumlah sekitar RM11,030 setiap tahun bermula pada tahun 2013 hingga 2018.

Sarul turut menambah, 10 buah kereta Toyota Camry lama akan dijual (tender) dalam masa terdekat, manakala lima buah lagi akan digunakan oleh kerajaan Penang.

Sumber: FMT

 

Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1Gn5DUlqO4/