Kerajaan Diminta Fleksibel Kenakan Larangan Ambilan Pekerja Asing Kerana Boleh Sekat Perkembangan Sesetengah Industri

Sumber: iMoney

Kerajaan diminta fleksibel kenakan larangan pengambilan pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan kelmarin mengumumkan tiada pengambilan pekerja asing baharu di semua sektor sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan rakyat tempatan mengisi kekosongan kerja.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyeru kefleksibelan kerajaan supaya larangan pengambilan pekerja asing secara menyeluruh tidak dikenakan kerana akan membawa kepada penahanan perkembangan beberapa industri..

Presiden FMM, Soh Thian Lai menjelaskan pelonggaran adalah perlu supaya keperluan tenaga kerja boleh dipenuhi sekiranya permintaan global untuk barangan Malaysia tertentu meningkat.

Kerajaan diminta fleksibel

Menurut sumber FMT, Soh menuntut agar larangan tersebut dilonggarkan bagi memastikan kelancaran prosedur dalam pengambilan pekerja asing bagi kes-kes seperti itu.

BACA: Tesco Malaysia Dilapor Lakukan Penganiayaan Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing Mereka

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) turut menggesa agar kerajaan meneliti semula dasar larangan serta pembekuan pengambilan pekerja asing bagi mengelakkan industri tertentu terjejas.

Rasuah Pekerja Asing

Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata industri perabot import yang hampir keseluruhannya menggunakan pekerja asing dan berisiko untuk ditutup.

“Industri perabot luar (import) akan tutup dan negara akan menghadapi kemerosotan pelabur yang tinggi.

Perniagaan berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku peningkatan pekerja asing bekerja secara tidak sah di negara ini.”

8 Ogos lalu, semasa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pernah berkata kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penutupan penggajian pekerja asing untuk sektor seperti tekstil, tukang emas, tukang gunting dan dobi yang dibekukan sejak 2009.

Namun Latheefa Koya pada 6 November lalu semasa beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana KSM lebih mengetahui jumlah atau kuota pekerjaan untuk pekerja asing di Malaysia.