Kerajaan Dalam Perancangan Mahu Kenakan Caj Bagi Pembelian Dalam Talian

Pembelian Dalam Talian Caj 0.02 peratus

Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, caj perkhidmatan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah. Bagaimanapun, ujarnya, KKMM belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

“Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.”

Ujarnya, caj perkhidmatan yang dikutip ini akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

Tambahnya, ia bukanlah seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai, sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

“Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

Banyak serangan siber dilaporkan di seluruh dunia belakangan ini akibat ketirisan data.

Justeru, untuk memastikan sistem keselamatan siber di negara ini terjamin dan lebih selamat, pihak kementerian mahu sama-sama membantu dalam menampung kos penambahbaikan komunikasi kerana ia membabitkan perbelanjaan besar.

Pembelian Dalam Talian Caj 0.02 peratus

Mungkin jumlah yang dikenakan tidaklah banyak pada waktu permulaan caj perkhidmatan ini dikatakan, tetapi mungkin dalam dua tahun seterusnya tidak lagi menjadi 0.02 peratus walaupun hasil kutipan itu untuk kebaikan negara.

Sudahlah ketika ini dikenakan cukai perkhidmatan digital sebanyak 6 peratus yang melibatkan pelbagai perkhidmatan digital yang sememangnya sering digunakan oleh rakyat.

BACA: Cukai Digital 6% Berkuatkuasa Jan 2020 Bakal Melibatkan Perkhidmatan Netflix, Spotify Dan Banyak Lagi

Apa komen anda?

Sumber: BH

BACA: Kerajaan Mahu Bangunkan Aplikasi E-Dagang Untuk Tandingi Lazada, Shopee Tapi Netizen Tak Yakin