Kerajaan China Sanggup Bayar Rakyat Mereka Supaya Duduk Di Rumah 1

Kerajaan China Sanggup Bayar Rakyat Mereka Supaya Kekal Di Rumah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan China sanggup bayar rakyat mereka supaya kekal di rumah.

Bagi mengelakkan rakyat keluar melancong dan pulang ke kampung bersempena dengan cuti Tahun Baharu Cina akan datang, kerajaan China sanggup membayar rakyat mereka untuk kekal berada di rumah.

BACA: Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China?

Risau dengan peningkatan dan penularan wabak COVID-19 sekiranya pergerakan secara besar-besaran berlaku, syarikat-syarikat di sana juga sanggup membayar pekerja migran mereka untuk tidak keluar bagi menghadiri perhimpunan keluarga dan melancong.

Antara inisiatif yang ditawarkan termasuklah wang tunai, baucar membeli belah, tiket filem, tiket masuk ke tempat menarik dan sebagainya.

Di China, sambutan Tahun Baharu China merupakan sambutan terpenting dan disambut selama 16 hari yang mana untuk tahun ini ianya berahir pada acara utamanya pada 12 Februari 2021.

Disebabkan cuti panjang, rata-rata pekerja migran akan mengambil kesempatan yang ada untuk pulang ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Kerajaan China Sanggup Bayar Rakyat Mereka Supaya Duduk Di Rumah
Sumber: Al Jazeera

Setelah berjaya melandaikan graf jangkitan kepada dua angka rendah bermula Mac tahun lalu, China kembali mencatatkan kes tiga angka pada 10 Januari lalu menimbulkan kerisauan pada kerajaan.

Setakat 18 Januari 2021, dunia sudah pun mancatatkan 95.49 juta kes positif yang mana jumlah kes sembuh mencecah 68.21 juta dan korban seramai 2.03 juta.

Amerika Syarikat menjadi negara yang paling tinggi mencatatkan kes dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 24.28 juta diikuti dengan India sebanyak 10.57 juta, Brazil sebanyak 8.48 juta, Rusia sebanyak 3.56 juta dan United Kingdom sebanyak 3.39 juta.

Kerajaan China Sanggup Bayar Rakyat Mereka Supaya Duduk Di Rumah 2

Manakala China yang satu ketika dahulu merupakan negara terawal mencatatkan kes kini berada di kedudukan 83 daripada219 buah negara lain dan dua buah kapal ppersiaran dengan kes keseluruhan sebanyak 88,336.

Malaysia mencatatkan kes keseluruhan terkumpul sebanyak 158,434 kes dengan jumlah korban seramai 601 orang dan jumlah sembuh mencecah 120,051.

Sumber: SCMP