Kerajaan Cadang Perkenal Skim Perlindungan Pekerja Malaysia Di Singapura

Skim Perlindungan Rakyat Malaysia Di Singapura
Sumber: Harian Metro

Kesulitan mendapatkan kerja di negara sendiri kadang-kadang menyebabkan ramai yang mencuba nasib mencari rezeki di negara lain. Ramai juga yang sanggup bekerja di luar negara contohnya Singapura kerana kadar tukaran wang yang lebih tinggi dari sini.

Memandangkan perkara ini sudah lama berlaku, Kementerian Sumber Manusia bercadang mahu memperkenalkan skim perlindungan keselematan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bagi melindungi kebajikan mereka.

Menterinya, M Kulasegaran, berkata ketika ini, pihaknya menunggu dapatan hasil Kajian Melindungi Pekerja Malaysia yang Bekerja di Singapura yang sedang dilaksanakan kementerian dan hasil kajian itu akan diumumkan apabila siap pada April atau Mei depan.

Skim Perlindungan Rakyat Malaysia Di Singapura
Sumber: Straitstimes

Kira-kira sejuta rakyat Malaysia bekerja di seluruh dunia, terutama di Singapura dan Arab Saudi. Hasil kajian kementerian berhubung sebab rakyat Malaysia bekerja di Singaura mendapati antara faktor utamanya ialah gaji lumayan di sana.

Faktor lain termasuk sistem pendidikan di republik itu yang membolehkan rakyat Malaysia meraih pendapatan lumayan, selain dapat membawa pulang wang gaji lebih banyak untuk kegunaan keluarga.

Sumber: Berita Harian