
Kerajaan Beri Bantuan Sehingga RM300 Untuk Beli Peranti. Ini Cara Untuk Semak Kelayakan
Mulai 5 Mei sehingga 31 Julai 2021, 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diberi subsidi untuk memiliki peranti mudah alih baru atau pelan data internet selama setahun melalui syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.
Nilai manfaat sebanyak RM3.5 bilion ini (RM2 bilion dari kerajaan dan RM1.5 bilion dari faedah padanan syarikat telekomunikasi) adalah hasil dari pembentangan Belanjawan 2021 menerusi Program Jaringan Prihatin B40.
Terdapat 2 jenis subsidi yang ditawarkan iaitu:
Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; ATAU
Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, ATAU
RM15 sebulan untuk pelan data bulanan selama 12 bulan.
Manakala penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, ATAU
RM15 sebulan untuk pelan data bulanan selama 12 bulan.
Untuk mengetahui status kelayakan dan seterusnya membuat pendaftaran dengan syarikat telekomunikasi pilihan anda, kunjungi terus ke pautan berkaitan:
Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
Digi: https://digi.my/prihatin
Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
U Mobile: www.u.com.my/jaringanprihatin
unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
YES: https://www.yes.my/kasiupB40
Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin