
Kerajaan Benarkan Pencarum Keluar RM500 Sebulan Dari Akaun 1 Bermula Januari 2021
Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah usia 55 tahun mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
BACA: Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Biaya Pembelian Rumah
Melihatkan kepada keadaan ekonomi yang masih tidak menentu menjelang akhir 2020, ramai yang menggesa agar kerajaan membenarkan pencarum melakukan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran simpanan bersasar sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 untuk pencarum yang kehilangan pekerjaan.
Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021
Ahli yang layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 6, 2020
Pencarum yang mahu melakukan pengeluaran boleh melakukan permohonan mulai Januari 2021.
Malah kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% daripada 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 6, 2020
Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini dan masih keliiru mengenainya.
Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun. Akaun 1 disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan dan dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.
Manakala Akaun 2 pula berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
- mencecah usia 50 tahun
- membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
- menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
- pembiayaan pendidikan peribadi
- menampung kos perubatan
- menunaikan haji