
Kerajaan Benarkan Industri Perfileman Teruskan Aktiviti Selepas Aidilfitri Dengan SOP Lebih Ketat
Kerajaan benarkan industri perfileman termasuklah drama dan iklan meneruskan aktiviti penggambaran mereka selepas Hari Raya Aidilfitri dengan SOP ketat selepas dua bulan tidak dibenarkan beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Meskipun rayuan untuk menyambung kerja-kerja penggambaran sebelum Aidilfitri tidak dibenarkan, sekurang-kurangnya kebenaran kerajaan itu melegakan sekitar lebih 875 penggiat yang hilang mata pencarian sepanjang lebih dua bulan.
Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim memberitahu, pihak penggiat industri menyambut baik berita berkenaan yang dirasakan seperti hadiah hari raya paling berharga buat mereka.

Akan memastikan SOP iaitu salah satunya dengan emmaksimumkan 20 orang terlibat termasuk kru dan artis dipatuhi semua penggiat, berita kerajaan benarkan industri perfileman meneruskan aktiviti itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah semasa bercakap dalam Episod Siaran Langsung Facebook Duduk Rumah Harith Iskander bertajuk ‘Masa Depan Siaran Langsung Hiburan’ Pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Terdahulu, FDAM mencadangkan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar menarik balik lesen penerbitan syarikat yang masih ingkar untuk meneruskan penggambaran semasa PKP dilaksanakan.
BACA: Masih Ada Yang Mohon Kebenaran ‘Shooting’, FDAM Gesa Lesen Penerbitan Syarikat Disenarai Hitam
FDAM turut memberitahu mereka akan memboikot serta menyenarai hitam penerbit yang tetap meneruskan penggambaran tanpa kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tetap dengan pendirian tegas dan tiada kompromi, FDAM memandang isu ini sebagai satu ketamakan sikap penerbit kerana masih ada yang tidak mementingkan isu keselamatan dan kesihatan tenaga kerja produksi sehingga sanggup mengambil risiko yang boleh meragut nyawa tenaga kerja.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Harian Metro