Harga Siling Petrol Diesel Batal

Kerajaan Batalkan Harga Siling Petrol Dan Diesel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didapati telah menghapuskan harga runcit maksimum (harga siling) bagi Petrol dan Diesel pada 10 April 2020, iaitu 2 bulan yang lepas. Perintah ini telah diluluskan oleh Menteri terbabit, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Perintah pembatalan harga siling ini dilakukan melalui sebuah warta kerajaan bertarikh 3 Jun 2020, berjudul Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penentuan harga runcit maksimum bagi petrol dan diesel) (No. 8) (Pembatalan) 2020.

Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan ini menyatakan bahawa arahan Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel adalah dibatalkan.

Arahan ini dilakukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Alexander Nanta Linggi, yang diluluskan pada 10 April 2020.

Program Subsidi Petrol Tangguh
Sumber: Kosmo

Secara ringkasnya, ia telah menghapuskan harga siling petrol yang telah ditetapkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini iaitu RM2.08/liter untuk RON95 dan RM2.14/liter untuk diesel. Petrol RON95 dan diesel tidak akan lagi diberi subsidi dan diapungkan sepenuhnya mengikut harga pasaran semasa.

Harga siling diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi pilihan raya umum ke-14 dengan menetapkan harga RON95 dan diesel masing-masing tidak boleh dijual melebihi harga siling iaitu pada RM2.08 dan RM2.18.

Walaupun harga petrol masih merudum akibat ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini, tidak mustahil ia akan melambung kembali hujung tahun ini. Kita juga sering dimomokkan mengenai harga barangan akan naik bila harga petrol naik, tetapi tidak kelihatan pula harga barang turun bila harga petrol menurun.

Pada ketika ini, harga pam untuk RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM1.48 dan RM1.63.

Sumber: Malay Mail