Gerakan Boikot Haji Putera Mahkota Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi Batalkan Yuran 2,000 Riyal Untuk Umrah Kali Ke-2

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Oktober 2016 lalu, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan pembayaran visa 2,000 Riyal (RM2,228.86) kepada jemaah yang mahu menunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah.

Caj tersebut diputuskan pada September 2016 oleh Kabinet Arab Saudi dengan tujuan meningkatkan pendapatan bukan berasaskan minyak.

Terbaharu, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah mengumumkan keputusan penyusunan semula dekri diraja, visa haji dan transit termasuklah membatalkan yuran umrah kali kedua kepada jemaah dalam tempoh tiga tahun Hijrah.

Gerakan Boikot Haji Putera Mahkota Arab Saudi 1

Keputusan tersebut dibuat bagi memudahkan kedatangan umat Islam dari seluruh dunia untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Keputusan itu juga dibuat bagi mencerminkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia untuk menerima peningkatan bilangan jemaah disebabkan pembangunan infrastuktur yang besar di Mekah, Madinah dan tempat-tempat suci yang lain.

Dektrit tersebut dilakukan sebagai usaha menyokong dalam mencapai salah satu objektif terpenting dalam rancangan pembaharuan Visi 2030 iaitu menerima 30 juta jemaah umrah di sana selain daripada memberikan keselesaan kepada jemaah dalam menunaikan ibadah.

Sumber: Arab News

 

Jom throwback sikit aksi pensel dan buku John Wick.

Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.