
Kerajaan Bakal Perkenal Warungku, Pastikan Caj Komisyen Rendah Berbanding FoodPanda Dan GrabFood
Kerajaan Akan Lancarkan Warungku, Pastikan Caj Komisyen Rendah Berbanding FoodPanda Dan GrabFood.
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, belakangan ini semakin banyak munculnya syarikat penghantaran makanan di sini sejak berlakunya peningkatan permintaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada bulan Mac tahun lepas.
Rata-rata kini ramai sudah terbiasa dengan dua platfrom perkhidmatan penghantaran makanan iaitu FoodPanda dan GrabFood.
Terkini, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan akan melancarkan sebuah platform e-dagang tersendiri iaitu Warungku.
Menurut menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kewujudan Warungku adalah sebagai alternatif kepada GrabFood dan FoodPanda bagi meringankan kos ditanggung usahawan tempatan serta membantu menempatkan produk makanan mereka dalam talian.
Beliau mengatakan idea platform itu tercetus selepas beliau menyedari banyak platform sedia ada mengenakan caj yang agak tinggi iaitu sehingga 35 peratus dan ia mungkin terlalu besar untuk para peniaga kecil.
Bagi membantu peniaga untuk meningkatkan marjin keuntungan, WarungKu diharap akan mencapai matlamat tersebut, yang akan dilancarkan pada 10 April ini.

Melihat kepada jumlah ‘rider’ yang semakin bertambah susulan pandemik COVID-19, pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) turut menyediakan bantuan sebanyak RM10,000 bagi pinjaman membeli motosikan dan kelengkapannya.
Sebelum ini, MEDAC juga pernah berhasrat mahu membangunkan aplikasi e-dagang tersendiri yang dinamakan Online Market bagi menandingi sektor e-dagang terbesar di sini seperti Shopee dan Lazada.
Walau bagaimanapun, netizen mempersoal kewajaran kerajaan untuk membangunkan aplikasi e-dagang tersendiri memandangkan ada perkara yang lebih penting untuk ditekankan.
BACA: Kerajaan Mahu Bangunkan Aplikasi E-Dagang Untuk Tandingi Lazada, Shopee Tapi Netizen Tak Yakin
Bagaimana kerajaan mahu yakinkan rakyat dengan kewujudan platform tersendiri?
Jadi, marilah kita sama-sama nantikan pada bulan April nanti berkenaan platform Warungku ini.
Sumber: Bernama
Trending now



