Statut Rom

Keputusan Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rom Dipuji Sebagai Tindakan Bijak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

AirAsia Bhd semalam mengesahkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A330neo bernilai AS$30 bilion untuk AirAsia X.

Ini bermakna AirAsia X akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia untuk mengendalikan A330neo, dengan penghantaran pesawat dijadualkan bermula pada suku ke empat tahun 2019. Pesawat A330neo akan dikendalikan oleh AirAsia X di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Tapi apa kelebihan mengendalikan A330neo ini sebenarnya?

Pesawat A330neo ini adalah versi terbaharu model A330. Ia menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 7000 generasi baharu dan bahan komposit yang lebih ringan. Dengan gabungan elemen itu, ia menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 25 peratus berbanding pesawat generasi lama yang mempunyai saiz sama.

Pesawat ini juga mempunyai kemampuan penerbangan tanpa henti ke Eropah, termasuk dari Kuala Lumpur ke London.

Jadi, selepas ini AirAsia X dapat meluaskan lagi model penerbangan jarak jauhnya dengan kos operasi lebih rendah serta membolehkan penumpangnya menaiki penerbangan lebih jauh dengan bayaran lebih kompetetif.

Kata mereka lagi, para penumpang boleh mengharapkan keselesaan tertinggi apabila terbang dengan A330neo bersama kelengkapan airspace yang lebih selesa dilengkapi dengan sidewalls dan lekapan baru, penyimpanan overhead yang lebih besar, pencahayaan suasana kabin maju dan hiburan dan sambungan dalam penerbangan terkini.

Ini sangat menarik, selepas ini tak perlu lagi penumpang transit di destinasi lain sebelum sampai ke destinasi akhir di Eropah. Harga pula pasti berbaloi.

Sumber: AirAsia Newsroom