Kes DS Najib Razak

Keputusan Khalid Samad Lantik Bekas S/U Politik Anggotai Lembaga Penasihat DBKL Disindir Najib Razak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keputusan Khalid Samad dalam melantik bekas setiausaha politiknya menganggotai lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam mendapat perlian daripada bekas Perdana Menteri ke-6, Najib Razak.

Mendakwa tindakannya melantik Azli Yusuf sebagai anggota lembaga penasihat DBKL adalah kerana beliau mempunyai pengalaman sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam selama dua penggal.

Khalid Samad Tak Setuju Elaun Menteri Dipotong

Khalid yang kini ditahan polis berhubung siasatan dakwaan rasuah dan penipuan memberitahu ianya adalah jawapan kepada Najib yang sebelum ini mahukan pengesahan sama ada Azli adalah ahli lembaga penasihat DBKL dan jika beliau yang melantiknya.

BACA: Khalid Samad Tak Setuju Gaji Dan Elaun Menteri Dipotong, Sifatkan Ia Sebagai Tiada Keperluan

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan Pengarah Komunikasi AMANAH turut percaya kelulusan Azli di sebuah universiti di Amerika Syarikat boleh membantu bekas pembantunya itu dalam urusan menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157047877670952

Malah ‘kehilangan’ Khalid Samad daripada Twitter turut mendapat perhatian daripada Najib Razak yang ‘risau’ dengan keadaannya.

Keputusan Khalid Samad Lantik Bekas SU Politik Sebagai Anggota Lembaga Penasihat Disindir Najib Razak

Terdahulu, awal Mac lalu, Khalid Samad mengumumkan bakal menyaman Najib Razak susulan dakwaan beliau telah menuduh Agong sebagai rasis dalam melakukan keputusan pemilihan Perdana Menteri ke-8.

BACA: Khalid Samad Bakal Saman Najib Razak Lebih RM10 Juta

Menyifatkan tuduhan berkenaan adalah serius, Khalid Samad dengan serius menafikan tuduhan berkenaan langsung tidak keluar daripada mulutnya, Khalid mengambil keputusan bakal menyaman Najib Razak dengan nilai lebih RM10 juta.

Individu lain yang turut bakal disaman adalah bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Sumber: FMT