Kepadatan Populasi Paksa Rakyat Hong Kong Menginap ‘Rumah Keranda’

Jauh berbeza dengan realiti yang sering dipaparkan, rakyat Hong Kong sebenarnya tidaklah semewah yang penduduk dunia bayangkan. Malah sebenarnya ratusan ribu daripada rakyat Hong Kong terpaksa menginap di ‘rumah keranda’.

BACA: Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Biaya Pembelian Rumah

Biarpun Hong Kong sering diuar-uarkan sebagai sebuah negara yang membangun dan berfungsi sebagai pusat korporat dunia, hakikatnya satu per lima daripada penduduk Hong Kong sebenarnya hidup melarat susulan daripada jurang ekonomi yang terlampau besar.

Rumah Keranda

Dengan kapasiti populasi penduduk yang hampir 7.5 juta, baki kawasan untuk dibangunkan amat terhad menjadikan harga pasaran hartanah melonjak naik secara mendadak.

Rakyat Hong Kong Selesai Isu Hartanah Mahal Dengan Miliki ‘Rumah Keranda’ 3

Rumah Keranda

Kegagalan sistem Hong Kong telah menyebabkan rakyat terpaksa mencari alternatif lain untuk memiliki rumah iaitu dengan pembelian ‘rumah keranda’.

 

Rakyat Hong Kong Selesai Isu Hartanah Mahal Dengan Miliki ‘Rumah Keranda’ 2

Harga ‘rumah keranda’ yang jauh lebih murah daripada harga hartanah sebenar membolehkan rakyat Hong Kong memiliki kediaman menjadikan pasaran hartanah ini laku keras di sana.

Tetapi dengan keluasan yang amat terhad, sebuah rumah keranda hanya mampu memuatkan seorang penghuni sahaja.

 

Rumah Keranda

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pernah mengkritik kerajaan Hong Kong degan menyifatkan rumah tersebut seperti sebuah sangkar dan merupakan satu penghinaan kepada maruah manusia.

Bayangkan sewa untuk kediaman seluas 18 kaki persegi sahaja di Hong Kong, anda perlu membayar lebih daripada RM1,200 sebulan.

Rumah Kontena

Projek perumahan rakyat yang diusahakan kerajaan Hong Kong sejak 2018 sedikit sebanyak akhirnya berjaya menyelesaikan isu ini walaupun tidak secara menyeluruh.

Rumah Di Hong Kong

Dengan menggunakan kontena yang ditindan antara satu sama lain sehingga membentuk rupa seperti apartmen, Projek Jalan Nam Cheong merupakan satu ‘persinggahan’ penempatan sementara (jangka pendek) dalam usaha membantu penduduk yang memerlukan.

Dengan sifat mudah dialihkan, rumah kontena ini akan memudahkan kerja-kerja perpindahan dilaksanakan sekiranya unit-unit kediaman telah selamat dibangunkan.

Rumah Di Hong Kong

Namun projek rumah kontena yang dibina ditanah milik kerajaan atau disewakan pihak swasta kepada kerajaan ini diterhadkan pemilikannya dan hanya dibuka kepada pemohon yang sudah menunggu lebih tiga tahun sahaja.