Kenyataan Tak Jelas Hingga Timbul Kekeliruan, Fynn Jamal Diminta Mohon Maaf

Kenyataan Tak Jelas Hingga Timbul Kekeliruan, Fynn Jamal Digesa Untuk Mohon Maaf

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak beberapa hari ini, isu mengenai kenyataan kontroversi Fynn Jamal mengenai gangguan seksual atau pun jenayah rogol hangat diperkatakan.

Dalam satu hantaran Instastory di Instagram peribadinya, Fynn seakan mengaitkan isu rogol dengan tingkah laku kaum perempuan yang seakan ‘mengundang’ jenayah tersebut berlaku.

Antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan Fynn Jamal boleh dibaca dalam pautan bawah:

https://twitter.com/ZahirahHusna/status/1276341062072561664

https://twitter.com/iliyadarwisyaa/status/1276985090963156992

Kenyataan yang dikeluarkan Fynn agak umum menjadikan orang ramai tampil mengkritik beliau kerana penjelasannya yang agak mengelirukan terutamanya berkenaan dengan tindakan swafoto serta filter yang sering digunakan oleh pengguna media sosial.

Kenyataan Tak Jelas Hingga Timbul Kekeliruan, Fynn Jamal Diminta Mohon Maaf 1
Sumber: Teen Vogue

Melakukan soal jawab di live Instagram bersama penyanyi rap, Caprice dua hari lalu, Fynn dilihat seperti ‘hilang hujah’ untuk mempertahankan pendapatnya selepas diasak Caprice.

Tonton live berkenaan di pautan bawah:

https://www.instagram.com/tv/CB8QuRDFUSP/?utm_source=ig_embed

Semalam Fynn sekali lagi ditegur oleh rakan artis, Wardina Saffiyah berkenaan kenyataannya yang mengelirukan orang ramai.

Kata Wardina, Fynn tidak sewajarnya (tidak boleh) meletakkan hubung kait antara penutupan aurat dengan jenayah tersebut kerana seolah-olah meletakkan kesalahan jenayah tersebut berlaku adalah kerana wanita.

Turut mengatakan isu kompleks sebegini tidak boleh dibincang dengan cara ini, Wardina sempat menasihati Fynn agar memohon maaf kepada semua atas kenyataannya yang mengelirukan kerana jenayah tersebut berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor, antaranya psikologikal.

“Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu menjaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun.

Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.

Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.”

Fynn Jamal sebelum ini pernah menerima teguran daripada pendakwah bebas, Musytaq Al-Ashari supaya tidak mengeluarkan hukum yang tidak difahami sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.