Kerja Grab Tak Bermaruah 1

Kenyataan Hina ‘Rider’ Diputar Belit Pihak Tak Bertanggungjawab, Pensyarah Tampil Mohon Maaf Dan Bakal Ambil Tindakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pensyarah ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular gara-gara mengeluarkan kenyataan pekerjaan rider Grab dan FoodPanda adalah sebagai kerja yang tidak bermaruah tampil melakukan permohonan maaf terbuka semalam.

Kenyataan beliau yang telah mengguris hati dan perasaan masyarakat Malaysia terutama mereka yang bekerja dengan Grab dan FoodPanda itu menyebabkan beliau dikecam teruk netizen.

BACA: Kerja Grab Dan FoodPanda Tidak Bermaruah – Pensyarah Ekonomi

Menurut Harian Metro, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari telah menegaskan segala pandangan yang beliau utarakan dalam perbincangan tersebut adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak termasuk institusi pendidikan tempat beliau berkhidmat.

FoodPanda Angkuh 1
Sumber: The Malaysian Reserve

Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang, Mohd Yusof memberitahu beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kekeliruan, salah faham dan fitnah dengan penyebaran sebahagian sahaja klip video temu bualnya.

Sumber: Harian Metro

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wd22Ln_1q/