
Kenapa Kita Rasa Bulan Januari Begitu Lama? Ini Jawapan Dari Sudut Saintifik
Masa berlalu dengan pantas, pejam celik sahaja kita sudah pun memasuki tahun baharu 2022 dan pada ketika ini mungkin anda adalah salah seorang yang sudah tidak sabar dengan kedatangan bulan Februari.
Namun, entah kenapa merasakan bulan Januari ini terasa begitu lama sedangkan tempohnya sama sahaja dengan bulan-bulan lain yang mengandungi sebanyak 31 hari.
Penjelasan dari sudut saintifik

Ahli saintis dan ahli psikologi pernah menjelaskan mengenai fenomena ini mengatakan bahawa keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh konsep ‘persepsi masa’.
Kajian menunjukkan bahawa sistem ‘jam dalaman kita’ boleh dipercepatkan atau sebaliknya.
Ahli psikologi, William Skylark, menerusi jurnalnya ‘Time Perception: The Surprising Effects of Surprising Stimuli’ berkata bahawa manusia mengalami atau melalui masa secara berbeza berdasarkan pengaruh pelbagai faktor.
Rata-rata ramai merasakan Januari begitu lama kerana bulan ini merupakan bulan selepas cuti Disember yang kebiasaannya diisi dengan lebih banyak rancangan menyeronokkan.
Ia dikuatkan lagi dengan hujah yang dikeluarkan oleh Dr Zhenguang Cai dari Kolej Universiti London. Menurutnya, selepas cuti Krismas maka bermulalah bulan Januari yang membosankan, membuatkan ramai yang menganggap Januari berlalu dengan sangat perlahan.
Penjelasan itu didokong oleh hipotesis jam dopamin yang menyatakan bahawa apabila tahap dopamin lebih tinggi, neurotransmitter dalam otak manusia yang dikaitkan dengan motivasi dan ganjaran telah mempercepatkan ‘jam dalaman’, menjadikan masa kelihatan seperti berjalan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, semakin lama kita menilai tempoh, semakin kita merasakan tidak tenang. Oleh itu, disarankan agar kita tidak mengeluh tentang lamanya tempoh masa berlalu.
Jadi apa yang kita rasakan bahawa bulan Januari ini berjalan terlalu lama kerana kita lebih mengetahui masa yang sedang berjalan pada ketika ini.
Cara kita melihat masa, iaitu sekurang-kurangnya dalam tempoh masa yang agak panjang mencerminkan perasaan kita.
Sumber: Kompas, The New Statesman