Air Tin

Kenapa Kaum Cina Lebih Suka Hidang Air Tin Untuk Tetamu Semasa Sambutan Tahun Baru?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keunikan negara Malaysia Madani dapat dilihat setiap kali tibanya hari perayaan yang disambut meriah oleh masyarakatnya yang berbilang agama dan bangsa.

Bagi seorang pemuda berbangsa Cina, Adam Kelvin, keunikan ini dapat dirasainya dengan penuh kemeriahan apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangannya yang berbangsa Melayu.

Berbagai kisah menarik mengenai perbezaan adat dan budaya telah dikongsikannya melalui hantaran-hantaran yang dibuat di Facebook.

Tahu tak anda kenapa sebenarnya kaum Cina lebih suka menghidangkan air tin kepada tetamu? Kenapa di rumah saudara mara mereka juga hanya makanan ringan yang disediakan setiap kali sambutan Tahun Baru Cina?

Jom ikuti perkongsian menarik yang dibuat di Facebooknya kali ini.

Air Tin

Kenapa minuman ni femes sangat masa CNY?

Orang Cina ni jarang sangat nak bancuh air buat tetamu. Macam buang masa pastu leceh nak mengemas membasuh bekas air bagai.

So minuman dalam tin ni memang sangat memudahkan tuan rumah. Dah ready-made, just bukak dan minum saja.

Jangan lupa masa CNY, memang banyak promo tau air bertin ni. Itu yang orang Cina berebut beli berkarton-karton.

Satu lagi, sebab air ni untuk sejukkan badan. Masa raya kan banyak berjalan. Badan kita akan berpeluh dan berpotensi kehilangan air. Jadi, air tin ni lah yang dapat topup air yang kurang dalam badan.

Jangan expect masa raya di rumah kawan-kawan Cina, mereka hidangkan makanan berat.

NOPE.

Yang ada hanyalah makanan ringan seperti biskut dan kerepek-kerepek tu saja. Makanan berat hanya disediakan untuk dinner sekeluarga. Bukan untuk tetamu ya.

Berbeza dengan Hari Raya yang saya lalui berbanding Raya Cina.

Wife saya pun terkejut kena makan kat kedai mamak dulu sebelum beraya di rumah saudara-mara saya.

Saya pun terkejut bila Hari Raya, walaooo.. banyaknyaa makanan! Laksa dan bihun sup selalu ada! Orang Kedah memang pandai masak sedap-sedap! Ingatkan ada biskut-biskut saja. Tak sangka tuan rumah akan sediakan main meal!

Jadi kami berdua sama-sama terkejut dengan budaya berbeza ni. Haha!

Adam Kelvin

Expect the unexpected.

BACA: Bukan Jenis ‘Makan Dulu, Bayar Kemudian,’ Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran