Presiden Ukraine Kesal Israel Tak Hantar Bantuan Senjata

‘Kenapa Israel Tak Hantar Bantuan Senjata?’ – Presiden Ukraine Kesal Sikap Tak Acuh Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mempersoalkan mengapa Israel tidak berusaha membantu negaranya seperti menghantar sistem pertahanan peluru berpandu bagi menentang tentera Rusia.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak hampir sebulan lalu telah meragut sekurang-kurangnya 847 nyawa orang awam menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Semua orang tahu sistem peluru berpandu Israel adalah yang terbaik dan sudah tentu anda mampu membantu rakyat Ukraine, terutamanya Yahudi Ukraine.

“Kami boleh tanya mengapa kami tidak mendapat sebarang tindak balas mengenai senjata dari Israel? Mengapa Israel juga tidak kenakan sekatan berat terhadap Rusia?” Soal Zelensky ketika melakukan panggilan video dengan Parlimen Israel.

Zelensky juga ada menyebut tentang sistem Iron Dome milik Israel sering digunakan untuk memintas roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas di Gaza.

“Walaubagaimanapun, pilihan terletak di tangan anda wahai saudara kami semua dan anda akan hidup dengan jawapan itu,” katanya yang turut mengungkit Ukraine menyelamatkan orang Yahudi ketika pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Zelensky pernah dikecam kerana membuat kenyataan seolah-olah menyokong Israel ketika Perang Gaza pada Mei tahun lalu.

Israel yang diwakili oleh Menteri Luarnya, Yair Lapid terkejut dengan kenyaatan itu tetapi tetap tidak akan membekalkan senjara kepada Ukraine.

Dalam pada itu Israel mengatakan bahawa mereka tidak pernah membelakangkan orang yang menderita akibat peperangan. Buktinya, mereka sudah pun menghantar bantuan kemanusiaan dan hospital lapangan kepada Ukraine.

Israel hanya berkata akan cuba membantu Ukraine ‘semampu yang boleh’. Namun, sehingga kini, pertanyaan Presiden Ukraine itu masih tidak dijawab.

Impak Malaysia Konflik Rusia-Ukraine

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett pernah mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada dua minggu lalu di Moscow sebelum menghubungi Zelensky.

Tak akan menyerah dan rundingan sahaja jalan terbaik

Walaupun perang sudah hampir sebulan berlalu, Ukraine menolak sekeras-kerasnya untuk meletakkan senjata dan menyerah bandar yang menjadi sasaran Rusia.

Zelensky mengakui bahawa rundingan dengan Rusia merupakan satu-satunya jalan terbaik untuk mengakhiri peperangan yang berlaku.

Katanya, beliau dan Putin sahaja yang boleh mencapai kata putus, sama ada untuk menghentikan peperangan atau meneruskannya.

Sumber: Reuters