Kenapa Filipina Rasa Mereka Layak Untuk Dapatkan Sabah 1

Kenapa Filipina Rasa Mereka Layak Untuk Tuntut Sabah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filipina sebelum ini sudah beberapa melakukan cubaan tuntut Sabah walaupun Suruhanjaya Cobbolt pada 1963 telah menyatakan pengiktirafan kemerdekaan Sabah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

BACA: Negeri Sabah Dapat Kebenaran Untuk Dimasukkan Ke Dalam Peta Filipina

Akhir Ogos lalu, Negara Asia Tenggara dilaporkan sudah meluluskan satu rang undang-undang baru yang memerlukan percetakan negeri Sabah untuk dimasukkan ke dalam peta negara Filipina bagi menekan kemenangan Filipina di Laut Filipina Barat ke atas China di Tribunak Arbitrase Antarabangsa mereka di Hague, Belanda dan hak-hak sah sejarah Filipina ke atas Sabah.

Isu ini telah menimbulkan ketegangan hubungan antara Malaysia dan Filipina. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Filipina terus menekan Malaysia untuk hak pemilikan ke atas Sabah.

Kerajaan Sulu

Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 didakwa sebagai milik Filipina hanya kerana atas faktor sejarah yang berkait dengan jajahan Kesultanan Sulu yang kemudiannya British pada kurun ke-19.

Pada tahun 1658, Sultan Brunei menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu atas jasa Kesultanan Sulu membendung perang saudara yang meletus di Brunei.

Pengaruh Kesultanan Sulu menjadi semakin besar menjelang akhir kurun ke-17 hingga kurun ke-18 meliputi kawasan Sabah dan selatan FIlipina.

Namun kedatangan penjajah Barat telah menghakis pengaruh Kesultanan Sulu secara perlahan-lahan.

Negeri Sabah Dapat Kebenaran Untuk Dimasukkan Ke Dalam Peta Filipina 1
Sumber: SCMP

Pada 22 Januari 1878, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sultan Sulu bersama dua agen British, Alfred Dent dan Baron von Overback yang mana telah menyewakan selama-lamanya Borneo Utara kepada British dengan pembayaran sebanyak 5,000 Dalor Malaya setahun kepada Sultan Sulu.

Apabila wilayah yang diserahkan meliputi pulau-pulau persisiran Borneo Utara dari Pulau Banggi ke Teluk Sibuka, bayaran telah dinaikkan kepada 5,300 Dolar Malaya.

Tiga tahun kemudian, Syarikat Berpiagam Borneo Utara (British North Borneo Chartered Company) ditubuhkan bagi memudahkan urusan menjarah hasil mahsul Sabah. BNBC menjadi syarikat yang menjalankan agenda pemilikan terhadap tanah-tanah jajahan baharu di seluruh dunia.

Kenapa Filipina Rasa Mereka Layak Untuk Dapatkan Sabah
Sumber: Benarnews

Pada 22 Mac 1915, Amerika Syarikat telah menghapuskan kedaulatan politik Kesultanan Sulu menerusi Perjanjian Carpenter.

Menurut Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara (Sabah), Charles Frederick Cunningham Macaskie pada 1939; hanya sembilan individu yang telah dinamakan sebagai pewaris sah yang layak dapat wang “pajakan kekal” di mana ia telah difahami oleh pewaris tu sebagai ‘wang serahan’, bukan ‘wang sewaan’.

Kemerdekaan Sabah & Sarawak

Selepas berpuluh tahun dijajah, akhirnya Sabah dan Sarawak diberikan kemerdekaan pada 16 September 1963.

Walaupun daripada segi hak, Sabah adalah milik Kesultanan Sulu, tetapi pemilikan BNBC ke atas Sabah menerusi perjanjian 1878 sehingga penubuhan Malaysia masih terpakai.

Pada tahun 1977, negara-negara lain yang bernaung di bawah PBB tidak membantah penubuhan Malaysia dengan memasukkan Sabah ke dalamnya menjadikan Sabah kekal sebahagian daripada Malaysia sehingga ke hari ini.

Sumber: Dr Mohd Mizan Aslam, Wikipedia, Astro Awani, Research Gate