Kenapa Ekonomi Melayu Masih Mundur Walaupun Banyak Inisiatif Dilaksanakan? Ini Jawapannya

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Hidup RIngkas

Kaum bumiputera atau kaum Melayu dikatakan masih lagi mundur terutamanya dalam aspek ekonomi walaupun pelbagai inisiatif, dasar, polisi dan agensi diwujudkan bagi membantu golongan ini.

Pernahkah anda terfikir mengenainya atau masih lagi tertanya-tanya sehingga sekarang? Kali ini kami ada sediakan jawapan untuk anda daripada Muhammad Irsyad.

Menurut data Jabatan Statistik Malaysia, selama 10 tahun berturut (2007 hingga 2016) kadar pendapatan isi rumah kasar penegah bagi kaum Melayu adalah yang paling rendah diikuti India dan Cina. Data ini menjadi titik pandang bagaimana kaum majoriti di Malaysia ini menduduki tangga paling rendah dalam aspek pendapatan.

Ekonomi Melayu Mundur 1
Contoh perbandingan pendapatan isi rumah antara kaum dari 1970-2004 (Dr. Mansor Md Isa, Universiti Malaya, 2007)

Ramai yang berkata, data pendapatan kekayaan mengikut kaum adalah bersifat perkauman, namun ianya adalah sangat perlu kerana dalam jangka waktu panjang, pendapatan kaum ini mampu menimbulkan ketegangan kaum akibat ketidakseimbangan yang berlaku.

Dalam pengajian polisi, diskriminasi positif bertujuan untuk mengimbangi semula jarak dan ketidaksamaan dalam kalangan etnik dan bangsa bagi tujuan membantu golongan tertentu yang sebelum ini didiskriminasikan.

Di Malaysia, polisi khusus membantu Melayu wujud disebabkan dasar pecah perintah penjajah yang meleyakkan kaum Melayu di perkampungan dan terlibat dengan sektor kurang produktif; kerja teruk ‘bagai nak mati’ hasilnya cuma sedikit berbanding dengan kaum Cina yang diletakkan di kawasan bandar yang terlibat dengan sektor perkhidmatan berproduktif tinggi.

Ekonomi Melayu Mundur

Usahawan Melayu tidak mampu bersaing adalah disebabkan rantaian ekonomi yang tertutup kerana sepenuhnya dikuasai oleh kaum Cina. Ini diakui sendiri oleh Dr Mohamed Khalid (2012) dalam bukunya yang bertajuk Color of InequalityΒ dengan memberikan contoh mudah polisi kerajaan yang memperuntukkan hanya usahawan Melayu diberikan tender mencetak buku latihan sekolah rendah.

Tetapi disebabkan kekurangan kapasiti dan kapital seperti mesin, dakwat, bahan asas, percetakan dan lain-lain tender ini akhirnya di sub-kontrakkan kepada usahawan bukan Melayu. Inilah yang dimaksudkan dengan rantaian ekonomi tertutup tadi.

Akibat daripada rantaian tertutup ini, usahawan dan peniaga Melayu akan ditekan dengan harga yang lebih tinggi daripada pembekal termasuklah dari segi terma kredit sehinggalah berlakunya kempen #BMF (Buy Muslim First) baru-baru ini secara besar-besaran.

Namun masih ada persoalan beliau yang masih belum terjawab dan meminta anda untuk menjawab, iaitu:

Apakah agenda-agenda nasional baik daripada segi ekonomi, politik dan sosial mampu mengintegrasikan semua kaum ke dalam kerangka nasional?

Sumber: Muhammad Irsyad

 

Sekuel terakhir menampilkan Sylvester sebagai watak Rambo.

Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailerβ€” Sylvester Stallone

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.