
Kenapa Bukan Semua Ahli Layak Untuk i-Sinar? Ini Jawapannya
Petengahan November lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka melalui i-Sinar.
i-Sinar yang boleh diakses bersama i-Lestari sebelum ini dibenarkan pengeluaran maksimumnya sebanyak RM500 diwujudkan supaya pencarum (ahli) yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama boleh memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.
Kenapa Bukan Semua Ahli Layak Untuk i-Sinar?
Tujuan i-Sinar adalah membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek, antaranya yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Kemudahan menerusi program i-Sinar ini membolehkan ahli yang layak mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, maka akses amaun anda yang boleh dikeluarkan ialah sehingga RM9,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkaa sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Pengkreditan pertama akan dibuat bermula Januari 2021.
Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini.
Namun masih ramai yang keliru fungsi dan beza kedua-dua akaun ini. Baca lanjut di sini untuk anda ketahui dengan lebih mudah perbezaan kedua-dua akaun ini.
Untuk tahu mengenai cara permohonan dan syarat pengeluaran i-Sinar daripada Akaun 1 sehingga RM60,000, boleh baca DI SINI.
Trending now



