
Kenapa Banyak ‘Bumper’ Kereta Sekarang Direka Seperti Ini? Ikuti Penjelasan Pakar
Mungkin ramai yang perasan, banyak kereta baharu yang berada di pasaran ketika ini memiliki reka bentuk ‘bumper’ yang agak berbeza berbanding dengan kereta-kereta lama.
Jika dilihat pada ‘bumper’ kereta baharu, didapati di bahagian permukaan tepinya seolah-olah sengaja direka agar kelihatan lebih rata dan agak bersegi.
Apakah sebabnya ‘bumper’ kereta sekarang sengaja direka bentuk sebegini? Adakah sebenarnya ia mempunyai fungsi yang tersendiri atau semata-mata untuk tujuan kosmetik?
Seorang pereka bentuk automotif, Jebat Fadlysham, telah menulis di Facebooknya bagi menerangkan kepada warganet mengenai reka bentuk bumper yang terdapat pada kebanyakan kereta baharu pada masa ini.
Jurutera terkemuka, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau Dr Aid Fawzal juga turut membuat satu hantaran yang menjelaskan lagi mengenai reka bentuk ‘bumper’ seperti ini secara lebih terperinci dari sudut kejuruteraan.
Jom baca apa kata pakar. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat untuk kita semua.
Kalau kita perhatikan sejak tahun 2010, kebanyakan bumper belakang kereta direka dengan permukaan hampir rata di bahagian tepi. Dan secara tak langsung mewujudkan bucu pada satu sudut. Ciri ini jelas kelihatan pada Jazz GK, City GM6, Myvi lagi best, Saga Geely dan jugak Almera mari.
Sebenarnya ini adalah sebahagian dari rekabentuk kejuruteraan yang bertujuan mengoptimumkan aerodinamik sesebuah kereta. (Rujuk pada penerangan terperinci Dr Aid Fawzal tentang fungsi bucu bumper tu).
Namun, ianya terpulanglah pada designer untuk mengadaptasi secara langsung atau digubah menjadi rekaan yang menarik dengan menambah fitur lain. Misalnya meletakkan reflector ataupun corong outlet tipu-tipu supaya bumper tidak kelihatan terlalu bersegi dan kosong.
Walau bagaimanapun, semuanya bergantung pada bajet jugak. Tambah outlet, tambah reflector, semua itu penambahan kos. Selalunya bumper yang paling cantik eksklusif untuk varian yang paling atas saja.
Alah, benda boleh convert.
——
Berikut pula adalah hantaran yang dibuat oleh Dr Aid Fawzal:
Jebat cerita dari sudut rekabentuk. Meh saya sambung cerita dari sudut kejuruteraan.
Garisan-garisan keras pada bahagian belakang kereta zaman sekarang ni ada sebabnya tu. Guna untuk lepaskan angin tepat pada garisan pada setiap kelajuan. Istilah teknikalnya flow separation point. Kalau rekaan lama yang membulat, masa bawak pelan-pelan angin akan ikut lengkung bumper. Masa bawak laju, angin lepas awal. Ni timbulkan pengalaman pemanduan (driving experience) yang berbeza-beza disebabkan ada perubahan angin/aerodinamik.
BACA: Perodua Bezza Punya Handling Macam Sampan, Lelaki Ini Terangkan Mengapa Jadi Begitu
Sumber: Jebat Fadlysham, Dr Aid Fawzal