
Kenapa Baki ‘Loan’ Rumah Bertambah Atau Masih Tetap Sama Walau Dah Dibayar Bertahun?
Terdapat persoalan yang mengganggu fikiran ramai di kalangan pengguna media sosial ketika ini berkenaan isu bayaran balik pinjaman perumahan atau ‘loan’ rumah dengan pihak bank.
Perbincangan yang dipetik dari sebuah video FYP di TikTok ini telah dikongsikan oleh seorang konsultan tip kewangan terkemuka, Afyan Mat Rawi, IFP di laman Facebooknya berikut.
Sememangnya, jika pembelian rumah itu dibuat secara berhutang dengan bank, harganya akan menjadi lebih mahal berbanding kalau rumah tersebut dibeli secara tunai.
Nak tahu penjelasannya? Ikuti perkongsian ilmu yang dibuat oleh beliau melalui hantarannya berikut demi membantu menjawab kemusykilan orang ramai.
Terlintas video ini di FYP TikTok.
Katanya: Beli rumah 230k. Dah bayar selama 17 tahun sebanyak 360k. Cek baki hutang 258k. Speechless katanya.
Kemudian di bahagian komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama, antaranya:
@mastura: Rumah saya beli 125000 dah bayar 14 year sampai sekarang loan masih 133500
@LuthDanial: Jangan la terjebak dengan riba… bayar berpuluh tahun masih tiggi hutang…
@mama mirza11111: Sama lah..beli rumah 2nd 160k. Bayar dah 15 tahun hutang ada lagi 100k..last-last jual dpt 455k🥰🥰🥰tolak hutang 100k ada lagi 390k..Beli tanah, buat rumah..
@иυяιмяαи: Beli rumah 298k, tempoh 30 tahun, dengan bayaran balik total 998k.. bank yang guna nama Islam 🙄
@Farhana Mohd taib: Beli rumah apartment RM150k, lepas 10 tahun tengok balance 140k.. tapi dapat jual 300k.. untung bersih 140k macam tu.. untung jugak lah kan..
@Suzana Habbatusauda: Saya loan 220k kena bayar 800k
Ramai ke yang tak tahu, kalau kita beli secara berhutang dengan bank, harga akan jadi lebih mahal berbanding kalau beli secara tunai?
Dalam posting ini saya tak nak highlight isu hukum muamalat, ia sudah banyak kali saya kongsi dalam tulisan lain. Daripada sudut hukum, jika bank konvensional maka ia riba dan haram. Jika perbankan Islam, ia harus. Kita dah bincang banyak kali dalam posting-posting lain.
Dalam posting kali ini, kita fokus kepada isu yang dibangkitkan, kenapa kalau beli dengan bank, harga rumah jadi lebih mahal berkali ganda berbanding secara tunai?
Pertama sekali kena ingat bahawa bank ialah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan.
Ada kos dan risiko yang bank tanggung sepanjang tempoh 40 tahun pembiayaan tersebut. Kos pejabat, kos pekerja, kos elektrik, kos sistem, kos peguam dan segala macam kos.
Ia sama sahaja dengan mana-mana bisnes.
Contoh mudah, bisnes jual air balang.
Kos secawan air hanyalah sekitar 20 sen, tapi boleh jual sehingga RM1 ke RM2 segelas. Kalau kedai mamak mungkin cecah RM3 segelas.
Ia adalah normal dalam mana-mana bisnes. Kalau tak nak beli air, boleh buat sendiri dan lebih jimat.
Sama macam rumah. Tiada paksaan untuk beli rumah. Ia masih boleh disewa dengan kos yang lebih rendah. Boleh juga kumpul duit dan beli secara tunai.
Takkan kita nak expect beli rumah yang berharga RM230k, bayar balik selama 30-40 tahun kekal RM130K balik?
Tapi kalau ada mana-mana institusi yang mampu menyediakan perkhidmatan pembiayaan RM230k dan bayar balik RM230k dalam masa 40 tahun, saya nak jadi pelanggan.
Saya pernah utarakan pandangan kepada kelompok yang mengkritik perbankan Islam sebagai zalim.
Saya cadangkan mereka kumpulan dana dari kumpulan mereka untuk sediakan perkhidmatan pinjaman tanpa keuntungan untuk beli rumah dan saya ingin menjadi pelanggan pertama.
Tapi sampai sekarang tak ada yang berani sambut.
Saya harap tahun 2023 nanti dah tak ada orang yang beranggapan kalau kalau nak beli rumah harga RM300K dengan bank, akan bayar jumlah yang sama dan bank tak perlu ambil sebarang keuntungan.
Kalau ada yang masih beranggapan macam tu, tanya dia “Boleh tak saya beli rumah yang Encik beli RM300K tu dengan harga yang sama selepas 10-20 tahun?”
BACA: Sekurang-Kurangnya 1,000 Rakyat Malaysia Muflis Setiap Bulan Akibat Kenaikan OPR
Sumber: Afyan Mat Rawi, IFP
Trending now



