
Kenali ‘Sun Bird’, Adiwira Pertama Malaysia Dalam Permainan Video Marvel Future Fight
Pengumuman Marvel mengenai watak adiwira Malaysia dalam permainan video Marvel Future Fight iaitu ‘Sun Bird’ atau dalam Bahasa Melayunya digelar sebagai burung matahari atau burung jentayu telah mengujakan ramai pihak.
https://twitter.com/AinulAlFathani/status/1187716652583931904
Tampil bersama tiga lagi adiwira lain yang digelar sebagai Avengers Asia atau Warriors Of The Sky, burung jentayu merupakan haiwan mitos yang diinspirasikan daripada Hikayat Merong Mahawangsa merupakan seorang lanun Malaysia dari zaman sekitar 1600 yang telah dilahirkan semula berlawan dengan menggunakan dua bilah keris (Sundang) dan memiliki ilmu penyembuhan.
Manakala tiga lagi adiwira lain berasal dari Thailand (War Tiger), Vietnam (Blue Dragon) dan Taiwan (Shadow Shell) turut diinspirasikan daripada kisah dongeng lagenda negara masing-masing dan memiliki latar belakang yang berbeza bagi edisi permainan video telefon pintar.
Untuk ketahui lebih lanjut dan mencuba permainan yang menampilkan adiwira ‘Sun Bird’ dalam permainan Marvel Future Fight, bolehlah layari laman web INI.
Sumber: Marvel
Ang Lee, antara pengarah yang sangat terkenal dengan filem-filem hebat. Kali ini Gemini Man pula.
Gemini Man | Ang Lee Featurette
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



