Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia Yang Terkenal Dengan Mata Berwarna Biru 3

Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia Yang Terkenal Dengan Mata Berwarna Biru

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah dengar mengenai suku kaum Buton yang memiliki mata berwarna biru?

Di dalam filem terutamanya filem sains fiksyen, mungkin mata berwarna biru bukanlah sesuatu yang asing. Namun di dunia sebenar? Ianya agak janggal dan jarang-jarang dijumpai.

BACA: ‘The Night Stalker’ Korek Mata Mangsa Untuk Dibawa Pulang Bersama Barang Rompakan

Namun dalam kalangan suku kaum Buton yang tinggal di wilayah selatan Pulau Sulawesi, Indonesia, ada beberapa individu daripada suku tersebut yang memiliki ciri-ciri unik iaitu mempunyai mata berwarna biru walaupun ciri kulit dan tubuh mereka adalah sama.

Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia Yang Terkenal Dengan Mata Berwarna Biru 1
Sumber: @geo.rock888

Malah ada antara mereka yang memiliki ciri ini hanya pada sebelah mata sahaja.

Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia Yang Terkenal Dengan Mata Berwarna Biru 2
Sumber: @geo.rock888

Warna biru jernih yang seakan warna lautan itu telah menarik perhatian penduduk dunia dan ramailah yang mahukan mata yang sama tanpa mengetahui mengapa ianya terjadi.

Untuk pengetahuan anda, sindrom mata berwarna biru yang dipanggil sebagai Sindrom Waardenburg merupakan satu sindrom mutasi genetik yang jarang berlaku.

Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia Yang Terkenal Dengan Mata Berwarna Biru

Apabila seseorang menghadapi sindrom ini, kesannya boleh dilihat apabila warna kulit, mata dan rambut berubah warna termasuklah salah satu daripada mata mereka berwarna biru dan satu lagi memiliki warna mata normal.

Hanya 8% hingga 10% populasi dunia sahaja mengalami sindrom ini yang berlaku disebabkan kandungan melanin mereka yang rendah di lapisan hadapan iris.

Malah mutasi genetik yang menghalang penghasilan melanin di dalam mata ini dikesan sudah pun berlaku sejak 10,000 tahun lalu, yang mana Finland menjadi negara teramai rakyat bermata biru dengan peratusan sebesar 89%.