
Kenali Siti Zainon Ismail, Wanita Kedua Cipta Sejarah Bergelar Sasterawan Negara Selepas Zurinah Hassan
Sasterawan Negara Malaysia merupaan anugerah yang diberikan kepada individu yang memberikan sumbangan dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia.
Bermula pada tahun 1981, anugerah ini dicipta hasil daripada gesaan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu, Tun Hussein Onn yang mahukan sebuah hadiah sastera berprestij demi mengangkat martabat sastera Malaysia.
Anugerah yang dipilih oleh Urus Setia Panel Anugerah Sastera Negara ini ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sudah 13 kali diadakan, Anugerah Sasterawan Negara ini tidak berlangsung pada setiap tahun kerana calon-calonnya dipilih dengan teliti sebelum diumumkan. Kali terakhir anugerah ini dijalankan adalah pada April 2016 lalu yang menyaksikan Datuk Dr Zurinah Hassan dilantik sebagai Sasterawan Negara ke-13 dan wanita pertama yang menerima anugerah tersebut.
Untuk tahun ini, Anugerah Sasterawan Negara ke-14 sekali lagi menyaksikan wanita sebagai penerimanya iaitu Prof Dr Siti Zainon Ismail, seorang pengkaji seni budaya warisan Melayu selain aktif sebagai seniman penyair dan pelukis.
Beliau telah menghasilkan tiga buah novel, 10 buah kumpulan cerpen dan 25 buah kumpulan puisi selain daripada terlibat dalam penghasilan tujuh buah antologi cerpen dan lima antologi puisi.
Dalam bidang akademik, 18 kajian ilmiah dalam bentuk buku, 21 esei kajian dalam bab buku serta 21 esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi dan majalah-katalog. Karya-karya beliau juga pernah diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing termasuklah Bulgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thailand dan Rusia.
Di peringkat tempatan, Siti Zainon pernah memenagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebanyak enam kali dan Anugerah Budayawan Selangor. Manakala di peringkat antarabangsa, beliau pernah menerima SEA Write Awards (1989) dan Anugerah Tokoh Seni Budaya Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) pada tahun 2015.
Sumber: Dr Maszlee Malik
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1Pv2V7F9dl/
Trending now



