Kenali Simbol Kereta

Kenali Simbol Amaran Tertera Pada Kereta Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang benar amat mudah jika ada kenderaan sendiri kerana dapat melakukan urusan kerja dengan cepat tanpa meminta bantuan orang lain. Bagaimanapun, ramai pemandu yang tidak ambil tahu sepenuhnya mengenai simbol-simbol penting yang berada di bahagian meter kenderaan mereka.

Setiap pemandu tidak kiralah lelaki atau wanita perlu mengetahui simbol-simbol yang terteta pada kereta agar kelak tidak berasa panik apabila kenderaan yang dipandu rosak terutamanya jika memandu bersendirian.

Ini merupaan beberapa simbol utama sebagai tanda amaran pada kereta yang perlu pemandu ketahui supaya tidak ‘gelabah’ apabila menghadapi situasi begini.

Kenali Simbol Kereta
Sumber: Siaya County

1. Tekanan minyak

Kenali Simbol Kereta

Jika simbol ini menyala, bermakna minyak pada enjin anda kurang atau terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.

2. Amaran Bateri

Kenali Simbol Kereta

Simbol amaran ini memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah dan perlu diperiksa dengan kadar segera.

3. Suhu enjin

Kenali Simbol Kereta

Ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.

4. Amaran enjin

Kenali Simbol Kereta

Apabila simbol ini menyala, pemadu seharusnya memeriksa kereta kerana mungkin disebabkan banyak perkara tentang masalah kereta.

5. Tekanan tayar

Kenali Simbol Kereta

Simbol ini memberitahu bahawa tayar kenderaan tidak seimbang, tekanan tayar kiri dan kanan tidak sama, berkemungkinan kerana kekurangan angin.

6. Kawalan cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Ia boleh membahayakan anda.

7. Automatic shift lock dan enjin start indicator

Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk menghidupkan enjin atau tukar ke gear neutral.

8. Kunci anti break

Ia memberitahu bahawa terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Oleh itu, kereta anda perlu diperiksa secepat mungkin.

9. Lampu kabus

Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang.

10. Air wiper

Kenali Simbol Kereta

Simbol ini menunjukkan air wiper pada kereta anda kurang, jadi perlu isikannya kembali supaya tidak kering.

Sebenarnya banyak lagi simbol pada kereta yang anda perlu tahu. Senarai di atas merupakan simbol yang wajib anda tahu untuk memudahkan pemanduan anda.

Sumber: FMT