Pelaburan Mudah

Kenali Jenis Pelaburan Mudah Ini Yang Mampu Beri Pulangan Hingga Lebih 100x Ganda!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menjadi ‘angel investor’ atau melabur dalam syarikat-syarikat kecil, ‘startup’ atau yang seumpama dengannya sebenarnya berupaya untuk memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Demikian nasihat dari Ketua Pegawai Eksekutif Safari Techs Holdings Sdn Bhd, Faridzul Asyraf Mat Arifin yang menjadikan Facebook dan Khairulaming (KA) sebagai contoh.

Dalam hantaran di Facebooknya ini, dia turut menyarankan mereka yang mempunyai duit lebih untuk ‘berkawan’ dan mengenali potensi ‘talent’ tersembunyi seperti ini yang sebenarnya masih lagi ramai berada di luar sana.

Bolehlah cuba cari nanti!

Pelaburan Mudah

PELABURAN 100X GANDA

Ada ke pelaburan tinggi ni? Ada je. Banyak. Cuba kira pelaburan RM10k, 5 tahun jadi RM1 juta. Facebook pun antaranya ya, early investor invest 500k bila Facebook IPO jadi 1 Billion (2000x Ganda).

Persoalan dia, kat mana peluang ni boleh dicari?

Talent!

Nak jadikan duit berganda ganda, invest in talent. Sebab tu banyak cerita angel investor dia orang invest in you, not on your business. If kita boleh show attitude, of course ramai nak “berkawan”.

Ambil contoh KA ajelah. Dia pernah buat bisnes sebelum ni. Jual baju, jual tamplate even jual sambal. Tak jadi. Habis duit simpanan pun.

Then dia bangkit balik, tak sampai 4 tahun now sale 1 item sahaja dah cecah almost RM2 juta sebulan.

Jika lah, kalau lah, KA datang jumpa korang pada waktu dia jatuh, mintak korang invest 10k untuk dia set up balik production video dia, agak-agak nak invest tak?

By valuation if 2 juta revenue valuation company dah 30 juta so duit 10k korang awal tu if dia offer 10% dah jadi 3 juta which is 300x ganda.

2 persoalanlah kan

+ How to find talent like KA?

+ How talent like KA nak mintak kita invest kat dia?

Benda ni balik kembali kepada networking. Lagi besar jaringan kita ada, lagi tinggi peluang untuk kita jumpa dengan talent yang bagus.

Sebab tu saya sarankan, yang ada duit lebih, make sure start up atau syarikat-syarikat kecil macam ni jangan lupa untuk korang invest.

Good luck!

BACA: Refleksi Diri – Antara Khairulaming Dan Khaby Lame, Apa Yang Netizen Boleh Pelajari?

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin