
Kenali Ciri-Ciri Produk Timbang Kilo: ‘Nombor NOT’ Bukan Bermaksud Diluluskan KKM!
Kepelbagaian produk kosmetik ‘timbang kilo’ yang membanjiri pasaran ketika ini membuktikan produk seperti ini masih lagi mendapat permintaan dari orang ramai.
Di kalangan pengguna juga didapati ramai lagi sebenarnya yang masih tidak faham ciri-ciri produk kosmetik ini yang kebanyakannya berisiko tinggi dan membahayakan kesihatan.
Ramai juga yang menganggap Nombor Notifikasi atau NOT dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdapat pada produk tersebut adalah sebagai bukti ianya selamat digunakan.
Oleh yang demikian, di laman Facebooknya, Dr Muhammad Adib Pathologist ada membuat satu hantaran mengenai isu ini bagi mendidik orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan produk ‘timbang kilo’ seperti ini.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Adib berikut:
Nak kenal ciri-ciri produk timbang kilo walaupun ada 𝗡𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗡𝗢𝗧 𝗞𝗞𝗠?
𝗣𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗥𝘂𝗸𝘂𝗻 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗶𝗹𝗼 𝗶𝗻𝗶 👇🏻
𝟭) Pada 𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮 dia. Kalau warna dia warna-warni dan pekat, insya-Allah itu adalah produk timbang kilo.
𝟮) Berdasarkan 𝗕𝗮𝘂 dia. Kalau bau dia sangat kuat dan bau (wangian) murahan. Ketahuilah bahawa itu berkemungkinan besar adalah produk timbang kilo.
𝟯) Berdasarkan 𝗧𝗲𝗸𝘀𝘁𝘂𝗿 dia. Krim biasa tidak akan melekat-lekit. Kalau terdapat minyak sekalipun ia tidak melekat melekit.
Krim timbang kilo ia akan melekat-lekit dan likat. Ini adalah petanda krim timbang kilo dan biasanya ia sedikit berkilat.
𝟰) Berdasarkan 𝗧𝗘𝗦𝗧𝗜𝗠𝗢𝗡𝗜. Tengok testimoni yang dijual oleh selller. Kalau dia guna testimoni ‘SEBELUM’ berjerawat, berjeragat dan ‘SELEPAS’ itu kulit bagaikan ada satu lapisan marmar macam letak quitack (pengilat kuku) biasanya itulah produk timbang kilo. Itu terjadi sebabnya protein kulit sudah rosak.
𝟱) Lihat pada 𝗜𝘁𝗲𝗺𝘀 yang ada pada produk tersebut. Kalau ada sabun, krim siang dan malam..maka berhati-hatilah. You kena check.
Sebab apa..sebab biasanya pada krim malam telah diletakkan bahan-bahan beracun seperti merkuri. Pada waktu malam, kulit kita akan mudah untuk take up semua bahan ini dan digunakan untuk proses pada kulit.
Krim malam begini akan menjadikan kulit sangat nipis dan terlalu sensitif kepada cahaya matahari siang.
Sebab itu dia akan wujudkan krim siang untuk cover muka supaya kulit wajah tidak jadi terlalu merah, pedih dan sakit menyengat ketika terdedah kepada cahaya matahari.
Inilah fungsi dual krim siang dan malam dalam produk timbang kilo.
Ingatlah, jika anda jumpa produk yang ada 5 rukun atau salah satu darinya, maka check dengan betul-betul.
Jangan main sental je di muka kita.
Jadilah pengguna yang 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 & 𝗕𝗘𝗥𝗪𝗔𝗦𝗣𝗔𝗗𝗔.
👣 NOT: Nombor NOT bukan maksud produk diluluskan oleh KKM. Tapi hanya notify (memberitahu) KKM yang dia ada produk nak jual.
(Baca ruangan komen untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nombor NOT)
Rujukan dari: Dr Anne/Skincare
——
Tambahan – Berikut merupakan penerangan Dr Muhammad Adib mengenai Nombor NOT yang ditulis oleh beliau di ruangan komen:
Apa itu Notifikasi (No NOT) KKM pada produk kosmetik?
Ini yang selalu dijadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM.
Di Malaysia mengikut undang-undang, kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Korang kena faham bahawa NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri dan sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa-apa kelulusan dari KKM.
Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan.
Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang dan merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah dianalisa dan terjamin selamat.
Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta-merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakan pengeluar produk tak buat. Tetap jual macam biasa)
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta-merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka.
Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my
BACA: Bahaya Merkuri Dalam Produk Kosmetik ‘Timbang Kilo’
Sumber: Muhammad Adib Pathologist