Kenal Pasti Akaun Scammer 2

Kenal Pasti Akaun ‘Scammer’ Melalui Laman Web PDRM Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semakin tiba hari raya, semakin galaklah para-para scammer menjalankan kerja mereka dengan mengambil kesempatan kepada pembeli atas talian bagi mengumpul ‘dana’ untuk mereka beraya sakan.

Seringkali tertarik dengan tawaran-tawaran menarik (dan tidak masuk akal) menjadikan pembeli atas talian menjadi tidak berhati-hati dan menyegerakan pembayaran gara-gara tidak mahu ‘tertinggal’ sale.

Sehubungan dengan itu, satu laman web telah ditubuhkan bagi mengelakkan anda ditipu scammer dengan menyemak sama ada terdapat laporan atau aduan mengenai nombor telefon dan akaun bank penjual.

Kenal Pasti Akaun Scammer 1

Ikuti langkah di bawah:

1. Masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon penjual.

2. Salin semula captcha dan klik pada butang semak maklumat.

3. Sekiranya terdapat isu pada nombor akaun bank atau nombor telefon, laman web tersebut akan memaparkan seperti gambar di bawah.

Kenal Pasti Akaun Scammer

 

Nasihat daripada kami, sentiasalah berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian supaya tiada yang mengambil kesempatan kepada anda. Jika ragu-ragu, bolehlah gunakan laman web ini untuk menyemak.

Untuk pengetahuan anda, laman web ini merupakan laman web rasmi daripada Polis Diraja Malaysia. Untuk ke laman web CCID ini , anda bolehlah klik pada pautan ini.

Masih lagi tak habis manga ni.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.