Kenaikan Mendadak Bil Eletrik Kini Jadi Trend Kebimbangan Dunia

Kenaikan Mendadak Bil Elektrik Kini Jadi Trend Kebimbangan Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa tidak mengenali biskut gelap/hitam berintikan krim putih ini. Setiap pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka pasti ada menjual biskut oreo ini di para-para kedai. Banyak juga menu makanan yang diolah bersama oreo kerana kenikmatannya tiada tandingan.

Disebalik kejayaan dan kenikmatan oreo, ada beberapa fakta menarik dari si hitam bulat ini.

fakta tentang oreo
Sumber: Tribun Travel

1. Usia Oreo sudah melebihi 100 tahun

Biskut oreo pertama kali dikeluarkan pada tahun 1912 dari National Biscuit Company (Nabisco) dan diperkenal sebagai antara tiga ‘biskut kelas tertinggi’ pada ketika itu. Awal kemunculannya, Orea telah menguasai pasaran biskut di Amerika Syarikat.

2. Tidak siapa tahu asal usul nama Oreo

Walaupun sudah diperkenalkan sejak 100 tahun yang lalu, Nabisco tidak pernah mendedahkan makna disebalik biskut ini sehinggakan ramai memberi teori tentangnya.

Ada teori yang menyatakan perkataan Oreo berasal daripada dua suku kata, “O” sebagai biskut dan “Re” bermaksud krim. Manakala teori lain pula, dahulunya bungkusan oreo berwarna emas, yang mana perkataan “Or” dalam bahasa Perancis membawa maksud emas.

fakta tentang oreo
Sumber: Reddit

3. Biskut terlaris di dunia

Bukan sahaja menjadi biskut terlaris di dunia dengan memiliki 2 bilion dolar jualan tahunan, tetapi juga meningkatkan pendapatan syarikat induk Mondelez. Jadi, tidak hairanlah jika travel ke mana-mana mudah menemui oreo dan biasanya setiap negara memiliki jenis oreo yang berbeza.

4. Ada ‘Jalan Oreo’ di New York

Terkenalnya oreo ini di Amerika Syarikat, biskut ini diabadikan sebagai nama sebuah jalan di New York. Jalan itu diberikan nama ‘Oreo Way’ kerana laluan itu pada asalnya tempat biskut orea dihasilkan.

5. Orea boleh dimakan oleh golongan vegetarian

Tidak seperti produk biskut berkrim yang lain, secara teknikalnya biskut oreo boleh dimakan oleh golongan vegetarian. Bahan-bahannya tidak mengandungi ramuan daripada haiwan. Dahulunya, oreo menggunakan lemak babi sebagai bahan utama pembuatan biskutnya, namun pada tahun 90-an, Nabisco menukarnya dengan minyak sayuran.

Jadi, cara bagaimana anda makan biskut oreo? makan begitu sahajakah atau ikut cara seperti dalam iklan, “putar, jilat dan celup!”

Sumber: Insider

 

Ada yang suka makan inovasi nasi lemak macam ni?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.