Kenaikan Gaji Minimum Hanya Burukkan Keadaan, Isu Kos Sara Hidup Masih Juga Tak Selesai

Pertengahan Ogos lalu, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa gaji minimum di Malaysia telah diselaraskan sebanyak RM1,100.

Pada pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah mencadangkan agar gaji minimum dapat ditingkatkan pada kadar RM1,200 di bandar utama dan akan berkuat kuasa pada tahun 2020.

Bagi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tindakan ini dilakukan bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar utama dan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Belanjawan 2020 Penjawat Awam 1
Sumber: FMT

Namun sejauh mana kenaikan gaji minimum ini dapat membantu rakyat?

Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), kenaikan gaji minimum ini tidak akan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi sebaliknya akan memburukkan lagi dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Bagi Presiden MEF, Tan Sri Azman Shah Haron, langkah kerajaan ini akan memberikan kesan terhad kepada ekonomi dan memberikan manfaat kepada 95% pekerja asing yang akan menghantar peratusan yang tinggi atas kenaikan upah kepada negara asal mereka seterusnya boleh menimbulkan risiko penurunan nilai mata wang Malaysia.

Beliau mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi 50% kenaikan gaji minimum dan memperuntukkan RM250 bantuan kepada pekerja tempatan seperti bayaran subsidi Bantuan Sara Hidup yang akan memberikan jaminan bahawa wang tersebut tidak akan dikirim ke luar negara.

Selain daripada itu, Tan Sri Azman turut mencadangkan agar definisi gaji minimum yang didefinisikan sekarang sebagai gaji pokok turut dipinda kepada gaji kasar agar dapat menggalakkan pertumbuhan produktiviti.

Sumber: Astro Awani

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!