
Kenaikan Elaun Pelajar Latihan Industri Berkuatkuasa 1 September 2019
Inisiatif Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengenai isu pemberian elaun kepada pelajar latihan industri akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar latihan industri.
BACA: Selepas #Undi18, Kini Giliran #PaidInternship – Syed Saddiq
Kenaikan elaun pelajar yang menjalani latihan industri melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan daripada RM1.60 sejam ke RM5 sejam dan akan berkuatkuasa pada 1 September 2019.

Syed Saddiq ketika mengumumkan berita baik itu di laman Twitternya menjelaskan kenaikan lebih tiga kali ganda itu dipersetujukan pada mesyuarat khas kabinet.
Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it!
Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPower pic.twitter.com/4cSbIJDnSS— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 15, 2019
Beliau sebelum ini menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).
Hal ini kerana masih banyak anak muda dalam kalangan gologan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menjalani latihan praktikal, tetapi tidak mendapat elaun.
Sumber: Astro Awani
Sudah tonton belum filem aksi ini?
Nick Cheung , Luois Koo and Francis Ng in Malaysia : LINE WALKER 2
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.