
Kena ‘Scam’! RM10K Lesap Dalam Sehari Gara-Gara Muat Turun Aplikasi Ini
Sepasang suami isteri baru-baru ini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000 gara-gara memuat turun aplikasi telefon bimbit yang mengandungi ‘malware’ (malicious software).
‘Malware’ tersebut telah digunakan oleh ‘scammer’ untuk mengintip telefon bimbitnya bagi mendapatkan maklumat perbankan internet, nombor TAC/OTP dan maklumat peribadi yang lain.
Ini seterusnya membolehkan ‘scammer’ tersebut memindahkan wang dari akaun bank miliknya ke akaun yang lain yang hanya disedarinya sudah terlambat.
Dikongsikan di Facebooknya, berikut merupakan pendedahan yang dibuat oleh Aisyah Nasri untuk dijadikan pengajaran dan iktibar kepada orang ramai.
Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum kawan-kawan FB sekalian.
Lama rasanya tak post dekat sini.
Harini rasa terpanggil untuk berkongsi ape yang terjadi pada saya dan suami Muhammad Sidek.
Kejadian bermula pada 10/8/22 apabila saya cuba mencari IPTV apps.
Konon-konon nak terminate Astro sebab dah tak tengok sangat Astro sekarang😅
Saya cuba cari apps tu dekat FB jumpa satu profile Premium TV 5G (sekarang FB profile tu dah tak ada, maybe dah ada orang report).
Saya mulakan chat untuk cuba apps tu.
Lepas chat dengan seller, seller send apps dekat WhatsApp untuk di download dan sign up menggunakan apps tersebut.
Sebab saya menggunakan iPhone..apps tersebut tak dapat buka guna iPhone.
Seller minta buka apps guna Android phone.
Kerana “kebijaksanaan” saya..saya send apps tersebut ke phone suami saya.
Lepas sign up kami start try buat payment menggunakan password Maybank2u.
Pada mulanya saya menggunakan username dan Maybank2u saya..2 kali cubaan tak berjaya.
Kami cuba guna account suami pulak, juga tak berjaya..jadi kami biarkan saja.
Saya sedar duit dalam account hilang apabila saya cuba buat 1 transaction pada malam 11/8/22 10 malam.
Saya terkejut ade transaksi 2 kali transfer ke account suami saya sebanyak 5k.
Saya terus call suami saya untuk check.
Tanpa fikir panjang saya call Maybank terus untuk pengesahan.
Macam mana boleh ada transaction sedangkan saya tak terima apa-apa TAC number?
Pegawai bertugas bertanya pada saya kalau saya ada download apa-apa apps recently?
Bingo!
Memang kena scam!
Apps tu malware!
Bila kami cuba buat payment dia dapat detect username dan password Maybank2u kami.
Memang 10k masuk ke account suami saya.
Tapi duit telah dikeluarkan ke account Shopee.
Jadi kami tak dapat trace pergerakan duit tu.
Duit dalam account suami saya juga lesap.
Alhamdullilah saya sedar awal.
Silap saya.
Saya letak limit per day 10k.
Kalau saya lambat mungkin lepas pukul 12am lesap lagi 10k.
Hati-hati kawan-kawan semua.
Jangan mudah download apa-apa apps yang mencurigakan.
Kalau boleh letak limit per day sikit-sikit je.
Naikkan limit tu bila perlu sahaja.
Rupanya bila suami Google scammer melibatkan TV apps ni bukan benda baru.
Kami yang tak sedar.
Sedih memang sedih.
Tapi takde yang kekal dekat dunia ni.
Semua milik Allah.
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami jika ini kifarah dari Mu.
Berikan kami kekuatan dan tenangkan hati kami atas ujian Mu ni Ya Allah.
Jika ini cara kau bersihkan harta kami, kami redha.
Semoga engkau gantikan dengan lebih baik Ya Allah.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
BACA: Terlalu Mudah Sangat Kena ‘Scam’, Inilah Bezanya Antara Golongan “Terpelajar” Dengan “Terdidik”
Sumber: Facebook Aisyah Nasri