
Kemurungan: Perlu Dibantu Segera Sebelum Kejadian Buruk Berlaku
Laporan berita di dada akhbar akhir-akhir ini sering menampilkan berita mengenai betapa tenatnya mental rakyat Malaysia pada hari ini.
“Bersilat Di Atas Jalan Raya”, “Ustaz Dicekup Berkhalwat”, “Kurangkan Makan Telur”, “Menikmati Air Buah Gelas Besar” dan bermacam-macam lagi berita yang amat menyedihkan!
Sesungguhnya, kehidupan pada hari ini semakin sukar dan melalui pemerhatian dari laporan-laporan akhbar tersebut, tidak dapat dinafikan ramai di kalangan masyarakat kini sedang tertekan, mengalami masalah mental dan kemurungan.
Depresi sememangnya perlu dipandang serius dan diberikan bantuan sewajarnya lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan nyawa orang lain.
Bagi menyelami sendiri masalah kemurungan ini, Zeeda Aziz dari Pasar Kedah yang pernah mengalaminya sendiri telah membuat hantaran berikut di Facebooknya.
Semoga perkongsiannya ini dapat dijadikan iktibar dan selepas ini masyarakat akan lebih menyedari mengenai betapa seriusnya masalah kemurungan di Malaysia pada hari ini.
Dulu…jika ada kes yang melibatkan depression, cukup ramai yang menghambur kata-kata negatif. Ketika itu sebilangan besar kita masih tidak faham tentang mental illnesses.
Kelmarin kita dikejutkan dengan pembunuhan ibu dan bayi di Johor. Setelah isteri dan anak dikelar, suami menaiki motor dengan keadaan berbogel sepenuhnya.
Saya baca komen-komen di page yang berkongsi berita ini.
Ternyata ramai yang cakna tentang kemurungan. Mungkin sebab banyak daripada kita dah pun merasai betapa peritnya penyakit ini ketika PKP dulu.
Semakin kurang dah orang mentertawakan pesakit. Majoriti menulis dengan ayat memahami keadaan pelaku.
Kita bukan nak justify, asal depress je boleh bunuh orang. Bukan.
Kita nak society tahu yang pesakit boleh dibantu sebelum kejadian buruk berlaku.
Apabila seseorang itu mula berubah sikap, be gentle and kind. Tanya.. apa yang merunsingkannya. Tanya, apa yang boleh dibantu.
Kadang-kadang, pertanyaan seringkas ini pun cukup meredakan kesakitan emosi yang ditanggung.
Kawan-kawan saya di dalam Facebook ni adalah antara insan-insan yang faham tentang depresi. Saya sangat-sangat bersyukur diketemukan dengan kalian. Sokongan emosi yang diberi waktu saya hampir jatuh…membangunkan saya kembali.
Be kind to everyone.
Jangan jadi punca seseorang itu sakit dan akhirnya menyakiti.
Setiap tindakan kita di dunia akan dihisab di sana. Jadi berhati-hati bila berkata-kata supaya tidak melukakan, menyakitkan…atau membunuh jiwa seseorang.
BACA: Kemurungan Adalah Pilihan – Pegawai KPM
Sumber: Facebook Zeeda Aziz
Trending now



