
Kemurungan Adalah Pilihan – Pegawai KPM
Depression atau lebih dikenali sebagai kemurungan merupakan reaksi normal kepada tekanan atau bahaya tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut mungkin boleh menyebabkan disorder kebimbangan.
Kemurungan boleh menyebabkan seorang individu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian yang berlarutan sekurangnya selama dua minggu.
Penyakit kemurungan ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau pun bangsa dan ianya tidak boleh dipilih.
Seorang pengguna Facebook, Fauziah Sirat semalam melakukan satu hantaran di laman Facebooknya mengenai kenyataan tanpa empati pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia di hadapan 100 orang wakil pelajar univerisiti tempatan dan antarabangsa iaitu, “depression is a choice!” apabila didedahkan dengan statistik kemurungan dalam kalangan pelajar.
https://www.facebook.com/fauziah.sirat2/posts/10215401829783687
Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pegawai tersebut termasuklah seorang pakar perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan yang tampil memberikan pandangan peribadi beliau.
Kata Dr Kamarul, kemurungan bukan pilihan tetapi penyakit yang perlu dirawat. Kemurungan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemurungan (mood depression) dan kemurungan klinikal (clinical depression).
Apakah beza antara keduanya?
Mood depression – Berlaku selepas peristiwa menggoncang jiwa, yang menyebabkan rasa sedih, tiada motivasi, kesunyian dan jiwa kacau selama seminggu. Ianya merupakan reaksi biasa dan individu mash boleh berfungsi seperti biasa tetapi akan menyebabkan gangguan pada mutu kehidupan.
Clinical depression – Akan menyebabkan fungsi akal terjejas dan boleh menjejaskan kesihatan fizikal jika berlangsung terlalu lama. Biasanya berlaku sekitar lebih dua minggu dan menyebabkan penghidap tidak boleh berfikir secara waras.
Individu yang menghidap clinical depression bukan kerana pilihannya tetapi melibatkan perubahan dan gangguan pada neurotransmitter yang mengawal tadbir emosi, motivasi dan rasional seperti serotonin, dopamine, norepinephrine dan glutamate.
Orang yang mengalami clinical depression tidak dapat melakukan pertimbangan yang rasional termasuklah tidak dapat menilai sebab dan tindakannya. Kemurungan klinikan ini adalah penyakit, bukan sekadar mood.
Mood depression boleh boleh dilabel dan dirawat oleh sesiapa namun ianya tidak berlaku pada penghidap clinical depression yang hanya boleh dirawat dan didiagnos oleh doktor atau psikiatris.
Masalah masyarakat hari ini mereka memandang enteng masalah kemurungan dengan mengatakan ianya adalah masalah orang mengada-ada mahukan perhatian.
Ambil contoh apa yang berlaku di luar. Berapa ramai yang sudah mengambil nyawa sendiri akibat tidak tahan menanggung penyakit ini kemurungan.
Masyarakat perlu sedar dan iktiraf kemurungan adalah penyakit yang memerlukan rawatan daripada yang pakar. Apabila didatangi oleh individu yang mengadu mengalami kemurungan, bawa beliau berjumpa psikiatris untuk mendapatkan kepastian.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kementerian Kesihatan Malaysia