Kemunculan ‘Malaysia’ Dalam Filem Antarabangsa 3

Kemunculan ‘Malaysia’ Dalam Filem Antarabangsa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lokasi latar belakang filem yang bersesuaian boleh menambah ‘rasa’ kepada penonton untuk menikmati plot jalan cerita yang dihidangkan.

BACA: Lokasi Penggambaran Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud

Malah mampu membuatkan penonton bercita-cita mahu melawatnya pada satu ketika jika berkesempatan.

Biarpun Malaysia tidak segah dan sebesar negara-negara dunia lain, namun keunikan yang ada pada Malaysia membuatkan Malaysia sentiasa menjadi salah satu lokasi yang terpilih untuk penggambaran filem.

1. Train to Busan (2020)

Filem blockbuster, Train to Busan memberikan kejutan kepada penonton di Malaysia apabila pada akhir cerita seorang watak penyelamatnya dikatakan dari Malaysia.

Dibawa oleh Bella Rahim, bendera kebangsaan Malaysia tersergam indah pada uniform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang dipakai beliau.

https://www.instagram.com/p/CFLo9s8JV6U/

2. Kadaram Kondan (2019)

Biarpun 90% filem Tamil, Kadaram Kondan menggunakan Malaysia sebagai latar belakang, namun filem ini tidak mendapat  kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan di Malaysia kerana ada menunjukkan jalan cerita yang menjejaskan imej pasukan polis Malaysia (PDRM).

Kadaram Kondan dihalang Malaysia
Sumber: Dailyhunt

Filem lakonan Chiyaan Vikram ini menjadi sensasi selepas tajuknya juga dikatakan membawa maksud penaklukan negeri Kedah.

3. Venom (2018)

Biarpun sebenarnya lokasi kampung di Sarawak dalam filem Venom hanyalah set studio, namun sebagai rakyat Malaysia pastinya ia membuatkan kita teruja.

Selain daripada babak awal filem yang memaparkan insiden roket angkasa terhempas di Hutan Simpanan Borneo, babak pasar malam, babak lapangan terbang Sibu dan juga babak Bahasa Melayu menjadi salah satu daya penarik buat penonton Malaysia.

4. Crazy Rich Asian (2018)

Bukan sekadar pelakonnya sahaja yang berasal dari Malaysia, malah banyak tempat-tempat menarik di Malaysia dijadikan sebagai lokasi antaranya Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur sebagai lokasi banglo mewah milik keluarga Nick Young.

Kemunculan ‘Malaysia’ Dalam Filem Antarabangsa

Selain daripada itu Four Seasons Langkawi dan Rumah Agam Cheong Fatt Sze, Pulau Pinang turut dimasukkan bersesuaian dengan gambaran penulis.

5. Independence Day: Resurgence (2016)

Biarpun tidak di Malaysia, namun bangunan ikonik yang menjadi mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur menjadi perhatian dalam trailer filem ini.

Dengar apa kata pengarah, Roland Emmerich tentang mengapa Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur latar belakangnya di London dan bukannya Malaysia.

6. Kabali (2016)

Dengan hanya melihatkan poster sahaja sudah membuatkan rakyat Malaysia teruja kerana sekali lagi bangunan ikonik Menara Berkembar Kuala Lumpur membuat kemunculan.

Dalam filem ini, watak Kabali (lakonan Rajinikanth) dipenjarakan di Malaysia selama 25 tahun selepas terlibat dalam satu pembunuhan beramai-ramai yang mana dia melihatnya isterinya yang sedang mengandung meninggal dunia.

7. The Garden of Evening Mists (2012)

Merupakan filem yang membariskan pasukan pelakon dan produksi antarabangsa, filem lakonan Sinje Lee ini membuatkan ramai yang ‘tergoda’ untuk melancng ke Cameron Highlands, Pahang.

8. Don 2 (2011)

Dalam banyak-banyak filem, filem Don 2 lakonan hero Shah Rukh Khan antara yang tidak boleh dilupakan. Bukan sekadar menggunakan penjara di Melaka sebagai lokasi penggambaran, tetapi juga menggunakan banduan sebenar sebagai pelakon tambahan!