Kempen BMF Punca Limau Mandarin Tak Terjual Walaupun Dipromosi?

Limau Mandarin Tak Terjual Kempen BMF

Kurang dua minggu lagi, masyarakat yang berketurunan Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina. Di Malaysia, semua perayaan kaum pasti disambut dengan meriah kerana waktu itulah untuk kita berkumpul berjumpa keluarga dan sahabat handai.

Kemeriahan Tahun Baru Cina disertakan dengan tarian naga, upacara menggaul Yee Sang dan pastinya kehadiran berkotak-kotak limau mandarin di pasar raya menandakan tibanya perayaan ini.

Menjadi simbolik sambutan, buah limau mandarin bukan dipilih secara rawak tetapi sebaliknya membawa makna-makna tertentu kepada masyarakat Cina yang menyambutnya. Fizikal buah limau mandarin yang berwarna terang dan berwarna oren seperti emas, masyarakat Cina percaya bahawa buah limau mandarin mampu β€˜menarik’ tuah dan kekayaan.

Bagi masyarakat Muslim di sini, selalunya akan turut membeli buah ini untuk dijadikan hadiah kepada saudara-mara atau sahabat berketerunan Cina.

Bagaimanapun, timbul dakwaan yang mengatakan buah yang kaya dengan vitamin C ini tidak mendapat sambutan pembeli pada tahun ini.

Seorang netizen berkongsi gambar puluhan kotak limau mandarin di sebuah pasar raya di bandar Meru, Perak menerusi group Facebook yang didakwa gagal dijual berkemungkinan diboikot pembeli.

Limau Mandarin Tak Terjual Kempen BMF
Sumber: FB

“Tadi di Mydin Meru Perak, walaupun hebat dipromosi dengan speaker (pembesar suara), namun tiada orang yang membeli. Kenapa agaknya?” tulisnya di Facebook.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong usaha tersebut dan turut menyeru orang ramai menyokong kempen utamakan produk Muslim (BMF) yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pembeli Muslim di Malaysia.

Namun, benarkah stok limau mandarin dalam kuantiti yang banyak itu disebabkan rakyat sedang memboikot dan utamakan produk BMF? Di tempat lain bagaimana pula?

Sumber: Zulhemi Sp