
‘Kemesraan’ China-Rusia Keruhkan Lagi Krisis Amerika Syarikat-China
‘Kemesraan’ China-Rusia yang terjalin sejak tahun lalu telah mengeruhkan lagi krisis Amerika Syarikat-China.
Mengibaratkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai sahabatnya, Presiden China, Xi Jinping berusaha meningkatkan hubungan dua hala ke peringkat yang lebih tinggi untuk membawa negara ke era baharu.
BACA: Perkenal Undang-Undang ‘Anti-Apple’, Putin Larang Jualan Peranti Tanpa Perisian Rusia
Kerjasama kedua ini jelas sekali telah menimbulkan rasa tidak senang Amerika Syarikat sehingga membawa kepada pertuduhan bahawa kedua negara itu sedang bekerjasama dalam menyebarkan maklumat salah mengenai wabak pandemik COVID-19.
BACA: Angkuhnya China Namun Tersungkur Hanya Kerana Koronavirus
Salah seorang individu yang mengawasi Pusat keterlibatan Global Jabatan Negara, Lea Gabrielle memberitahu media bahawa pejabatnya telah mengenal pasti ‘rangkaian akaun palsu’ di Twitter yang dirancang untuk meningkatkan naratif bahawa China tidak bertanggungjawab dalam penyebaran wabak pandemik COVID-19 di peringkat global.

Kemesraan China-Rusia dan jalinan kerjasama kedua negara ini dalam membina dan memperbesarkan naratif di platform media sosial ini membawa kepada kesimpulan bahawa kedua-dua pemerintah negara ini berkemungkinan menjalankan kerjasama demi kepentingan bersama.
Melihata bahawa adanya adaptasi taktik stail Rusia dalam Parti Komunis China,Twitter kemudiannya menafikan pertuduhan tersebut dan memberitahu sedang menyiasat perkara berkenaan yang melibatkan 5,000 akaun termasuklah milik kerajaan Kanada, jurnalis dan organisasi bukan kerajaan serta kumpulan hak asasi manusia.
Terdahulu,Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo pada 3 Mei lalu mengatakan bahawa terdapat ‘bukti besar’ bahawa wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China.
Sumber: USN, Tribun Jogja
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.