
Kementerian Tiada Kuasa Larang Pemandu Mabuk – KKM
Semakin hari semakin banyak isu pemandu mabuk berada di jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku termasuklah kehilangan nyawa beberapa orang awam yang tidak bersalah.
BACA: Kerajaan Perlu Perkenal Had Masa Pengambilan Minuman Alkohol – Exco P Pinang
Namun, penguatkuasaan terhadap larangan minuman keras kepada pemandu adalah bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang dianggap oleh sesetengah pihak.
KKM memberitahu pihak mereka tidak mempunyai kuasa dalam menetapkan peraturan larangan minum minuman keras atau arak terhadap pemandu kenderaan yang memandu sehingga menyebabkan bahaya pada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, peraturan tersebut lebih tertumpu kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini termasuklah larangan penguatkuasaan larangan meminum arak di lokasi serta masa tertentu.
Minum minuman keras dan menghisap rokok adalah dua perkara yang berlainan yang mana KKM mempunyai bidang kuasa bagi peraturan menghisap rokok mengikut Akta Makanan untuk mengawal di mana kawasan yang dibenarkan menghisap rokok.
Tetapi untuk minum minuman keras, yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan hanyalah bidang kuasa mengenal pasti kandungan alkohol dan jenis alkohol yang dibenarkan di Malaysia termasuklah larangan penggunaan kepada individu berusia 21 tahun ke bawah.
Akhir Oktober lalu, Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin ada mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan had waktu bagi pengambilan minuman keras di beberapa kawasan terpilih bermula jam 9 malam hingga 7 pagi seperti yang diamalkan di bandar Nelson, New Zealand.
Malah beliau mencadangkan agar hukuman berat perlu diperkenalkan kepada pemandu mabuk yang berada di atas jalan raya supaya golongan ini tidak berani lagi mengambil risiko membahayakan pemandu jalan raya yang lain.
Sumber: Harian Metro
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



