
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Nafi Wujud Kesilapan Dalam Kiraan Bil Elektrik Sepanjang PKP
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menafikan wujudnya kesilapan dalam kaedah pengiraan bil elektrik sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, bil yang disangka melambung tinggi itu adalah kerana rakyat terkeliru dengan kaedah pengiraan bil utiliti oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Turut menambah bahawa kaedah pengiraan tersebut sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga, Shamsul menafikan isu yang tular di media sosial berhubung rungutan orang ramai mengenai kadar bil elektrik yang melambung tinggi.
BACA: Senarai Lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Sudah meminta TNB untuk menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung kekeliruan yang timbul, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menegaskan bahawa apa yang dijanjikan kerajaan melalui pengumuman Perdana Menteri akan/sudah dilaksanakan berhubung dengan diskaun yang ditawarkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1866474813485726
Diskaun yang memberi manfaat kepada hampir tujuh juta rakyat Malaysia berpendapatan rendah ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik berdaftar TNB yang boleh dinikmati bermula April hingga September ini mengikut jumlah penggunaan bulanan:
- Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50%
- 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25%
- 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15%
TNB dalam satu respon pada Jumaat lalu memberikan jaminan bahawa mereka telah berlaku adil dalam pemberitahuan bil elektrik kepada pengguna mereka.
Terdahulu, ramai yang mendakwa bil air mereka turut mencanak tinggi daripada kebiasaan meskipun tidak berapa di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Bagi menjelaskan isu ini, Air Selangor telah tampil membuat kenyataan rasmi bahawa bil yang dikeluarkan adalah anggaran kepada maklumat purata penggunaan pada bulan sebelumnya kerana pihak mereka tidak dapat membuat bacaan fizikal meter sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Sekiranya pelanggan mendapati bil anggaran pada Mac yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran sudah dibuat ke atasnya,maka jumlah itu akan direkodkan di dalam akaun pelanggan.
Sumber: Berita Harian
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.