Pendidikan Seks penting

Kementerian Sumber Manusia Bakal Edar Senarai Pekerjaan Kategori Kritikal Di Sekolah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap tahun isu pengangguran dalam kalangan graduan universiti bukan lagi suatu isu yang baru dibincangkan. Disebabkan kursus yang diambil tidak relevan dengan pasaran kerja terkini, graduan terpaksa bekerja dalam bidang yang berbeza daripada yang diambil di universiti.

BACA: Tidak Relevan Pasaran Kerja, Ini 38 Program Universiti Yang Digugur

Malah seiring dengan peredaran zaman, World Economic Forum 2018 telah menyenaraikan beberapa pekerjaan yang akan hilang dan digantikan dengan teknologi sistem perkomputeran, mesin serta internet, antaranya akauntan, kerani dan pekerja pemasaran.

BACA: Menuju Era Digital, Ini Senarai Kerja Baharu Yang Akan Wujud Dan Pupus Pada 2022 Menurut WEF

Sehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Manusia mengambil inisiatif baharu iaitu membekalkan pelajar sekolah dengan senarai pekerjaan yang berkemungkinan besar tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga ke lima tahun akan datang.

Buli Siber Dalam Kalangan Sekolah
Sumber: Berita Harian

Senarai yang diedarkan adalah dengan tujuan dapat membantu pelajar lebih bersedia memilih jurusan pengajian yang sesuai di institut pengajian tinggi kelak dan bersedia dengan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Proses menyiapkan senarai bidang pekerjaan tersebut disiapkan dengan mengambil kira pandangan dan panduan daripada pihak Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Iimia) serta Talent Corp.

BACA: Rasmi! Tiada Lagi Sistem Pengasingan Aliran Pelajar Tingkatan 4 Bermula 2020

Menurut Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, ledakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bakal menyebabkan 30% daripada pekerjaan sedia ada tidak lagi relevan pada masa akan datang dan langkah pendedahan kepada ibu bapa serta pelajar sekolah adalah penting supaya mereka lebih bersedia menghadapinya.

Sumber: FMT

Lagenda tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.