Kementerina Pendidikan Thailand Dikecam Foto Banjir

Kementerian Pendidikan Thailand Dikecam Selepas ‘Kantoi’ Muat Naik Foto Menteri Yang Disunting

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Pendidikan Thailand Dikecam Selepas ‘Kantoi’ Muat Naik Foto Menteri Yang Disunting.

Beberapa wilayah di Thailand kini dilanda banjir yang dicetuskan ribut tropika Dianmu yang mana telah menjejaskan lebih 227,000 isi rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut setakat ini.

Paras air Sungai Chao Phraya, yang merentasi Bangkok selepas jajaran lebih 400 kilometer dari utara dijangka terus meningkat meskipun pihak berkuasa melepaskan air empangan di hilir sungai.

Kantoi foto menteri redah banjir adalah foto palsu

Dalam pada kerajaan berusaha menangani bencana banjir itu, Kementerian Pendidikan Thailand menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik foto timbalan menterinya, Kanokwan Wilawan sedang meredah kawasan banjir menerusi Facebook rasmi.

Mana tidaknya, sekali pandang sahaja dapat diketahui foto tersebut sedikit aneh dan begitu ketara disunting.

Apabila dilihat secara dekat foto yang telah dipadam itu, dapat dikenal pasti beberapa elemen penyuntingan yang dibuat sambil lewa. Jika diperhatikan, bahagian kaki yang mencecah air banjir itu sememangnya kelihatan tidak begitu sempurna.

Kementerina Pendidikan Thailand Dikecam Foto Banjir
Sumber: Mashable SEA

Foto itu juga disertakan dengan hantaran yang menyebut menterinya sedang mengunjungi daerah-daerah yang dilanda banjir akibat ribut tropika Dianmu untuk melihat keadaan pelajar dan kakitangan sekolah di sana.

Diketahui foto berkenaan adalah foto palsu, ia membuatkan orang ramai marah kerana dianggap telah menipu rakyat lebih-lebih lagi ketika ini rata-rata sedang dalam tekanan akibat bencana banjir.

Dalam pada itu, netizen mendapati foto asal Wilawan melawat kawasan banjir adalah foto pada tahun 2020.

Kementerina Pendidikan Thailand Dikecam Foto Banjir
Foto asal

Gara-gara cubaan mengaburi mata rakyat gagal, Kementerian Pendidikan kemudian memadam foto itu dan membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang berlaku.

Namun, dalam kenyataan itu juga turut menyatakan pihak menteri tidak terlibat dalam penyuntingan foto terbabit – seolah-olah pihak pentadbir halaman (admin page) yang bertanggungjawab sepenuhnya melakukan perkara yang menjatuhkan imej menterinya.

Susulan foto kontroversi itu, ia kemudian menjadi bahan jenaka di Thailand sehingga menjadi meme terbaru di internet.

Kementerina Pendidikan Thailand Dikecam Foto Banjir

Kementerina Pendidikan Thailand Dikecam Foto Banjir

BACA: Kecewa Kerajaan Gagal Kawal COVID-19, Rakyat Thailand Buat Gerakan Ajak Pindah Negara

Sumber: Mashable SEA