Kementerian Pendidikan Pernah Jadi ‘Mangsa’ Pentadbiran Berasaskan Politik?

Dalam satu kolum di media The Malaysian Insight, kolumnis yang dikenali dengan nama ZF Zamir telah menceritakan kepincangan yang pernah berlaku dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam satu mensyuarat antara dua menteri iaitu Menteri Pendidikan (pada ketika itu Dr Maszlee Malik) dan Menteri Kewangan (pada ketika itu Lim Guan Eng) yang turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Setiausaha Menteri Kewangan, Menteri Kewangan ketika itu telah menetapkan mahu mengurangkan bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Keselamatan (KBK) dengan jumlah keduanya adalah sebanyak RM478 juta.

Kementerian Pendidikan Malaysia Mangsa Politik Parti

Disebabkan hal berkenaan, hampir 1,382 syarikat terjejas berbanding jumlah keseluruhan 1,953 kontrak yang dikeluarkan menyebabkan sekitar 10,406 pekerjaan dikurangkan dalam fasa dua.

BACA: Maszlee Malik Sah Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

Dalam dua mesyuarat bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK); 31 Januari 2019 dan 27 Mac 2019, Dr Maszlee telah berjanji keputusan kerajaan tidak akan memberikan kesan kepada pekerja kontrak sekolah yang majoritinya adalah daripada golongan B40 yang bergantung pada gaji serendah RM900 hingga RM1,500 sahaja.

Akan tetapi, dalam mesyuarat berkenaan, bajet yang diminta KPM ditolak mentah-mentah yang mana salah seorang daripada ahli mesyuarat mengeluarkan kenyataan,

“Jaga sekolah ini tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah volunteer, ibu bapa yang tak ada kerja boleh volunteer.”

Kementerian Kewangan dikatakan mengambil mudah semua perkara dan meneruskan penjimatan seperti yang dirancang sehingga menampakkan Menteri Pelajaran seakan ‘jahat’ di mata rakyat Malaysia.

Malah beberapa agensi di bawah KPM juga diarahkan tutup  dalam sela masa yang kadang kala tidak masuk akal termasuklah diarahkan tutup seperti yang berlaku di Institusi Terjemahan Buku Negara (ITBM) oleh Jawatankuasa Rasionalisasi yang dikatakan sebagai tidak penting.

Kementerian Pendidikan Malaysia Mangsa Politik Parti 1

Walaupun isu berkenaan sudah dibawa masuk ke dalam Kabinet, Kementerian Kewangan masih tidak mengeluarkan bajet untuk membantu menyelesaikan masalah.

Malah, Institut Pendidikan Guru (IPG) termasuk juga dalam senarai langkah penjimatan sehingga RM213 juta kerana kerajaan tidak perlu lagi membayar elaun pelatih guru.

Kementerian Pendidikan menjadi mangsa tundingan kesemua pihak tanpa menyedari di belakang KPM berdirinya Kementerian Kewangan yang bertindak memotong peruntukan bajet-bajet ini.

Masuk dengan imej yang ‘bersih’ atas undian rakyat bagi menjatuhkan kepimpinan korupsi yang terdahulu, kepimpinan pentadbiran (sebelum Kabinet bertukar selepas perletakan jawatan Tun Mahathir pada 24 Februari lalu), gara-gara terlalu ‘gelojoh’ mahukan perubahan dalam negara, satu parti telah menyebabkan jatuhnya pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan Tun Mahathir.

Sumber: The Malaysian Insight