
Kementerian Kesihatan Lantik Ratu Trans Women 2017 Sebagai AJK CCM Malaysia
Sekarang ini tular di laman sosial mengenai Ratu Trans Women 2017, Rania Zara Medina dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk penggal 2019-2021 yang berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Perlantikan yang dikongsi oleh Rania di laman sosial Facebooknya mengepilkan sekali surat bertarikh 25 Jun yang mana lantikan dilakukan di dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan dikatakan sah mengikut prosedur sedia ada.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata perlantikan tersebut telah disahkan beliau melalui surat lantikan dengan berdasarkan kepada wakil masyarakat penduduk sasar yang dipilih dalam kalangan penduduk berkenaan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2441065712788211&set=a.1458991920995600&type=3
CCM Malaysia berfungsi untuk mengawal wabak HIV/AIDS sejajar dengan Pelan Strategik Nasional. Bukan itu sahaja, ianya turut merangkumi permohonan peruntukan di bawah Global Fund, pemantauan dan pemberian sokongan teknikal bagi pelaksanaan projek berkaitan.
Mendapat tentangan daripada masyarakat, Dr Ahmad Sanusi seorang Penasihat Syariah Indahnya Islam, Pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre dan Pensyarah Kanan di USIM tampil memberikan sebab mengapa ianya harus ditentang.
Bukan sahaja perlakuan songsang sahaja ditentang, malah promosinya turut sama perlu dibantah kerana bertentangan dengan fitrah.
Menurut Mufti Pahang, tiada kompromi atau pun perbincangan harus diberikan kepada golongan LGBT kerana mereka secara jelas menentang hukum Allah dan fitrah manusia.
Sumber: Berita Harian, Dr Ahmad Sanusi
Trending now



